Rabu, April 29, 2009

TIDAK PERLU INGATKAN SAYA ITU


PERNAH pada suatu waktu, saya diperingatkan seseorang melalui surat-Enya, menyuruh saya agar jangan menulis apa-apa mengenai dirinya.

Pertama kali membaca surat-Enya itu, saya berasa hairan dan aneh juga kenapa dan apa perlunya seorang ini sungguh bermurah hati memberikan nasihatnya sebegitu kepada saya. Seingat-ingat saya, tidak pernah pun di mana-mana saya menyebut dan merujuk nama dia di dalam tulisan dan percakapan saya. Jadi kenapa pula dia memberikan saya nasihat begitu?

Beberapa ketika saya merenung dan berfikir. Baru saya sedikit mendapat semacam pencerahan. Seorang ini mungkin berasa perlu memberi ingat kepada saya kerana belakangan ini saya agak banyak menulis mengenai apa yang pernah dan sudah saya lalui di masa silam. Mungkin seorang ini khuatir kalau nanti saya ada menulis sesuatu mengenai dia dan itupun kalau-kalau dia memang pernah terlibat dalam sesuatu peristiwa di masa silam yang membabitkan diri dia dengan saya.

Tetapi apa perlunya dia memberikan saya ingat mengenai itu? Bukankah untuk menulis apa pun itu merupakan hak dan pilihan diri saya sendiri? Dan di pihak saya sendiri sebenarnya, saya langsung tidak ada niat atau berasa perlu untuk menulis sesuatu apa, kalau memang benarlah ada, mengenai sesuatu yang melibatkan diri saya dengan dia. Apa lagi untuk menulis dan bercerita sesuatu secara langsung mengenai dia. Lagilah saya tidak teringat, ingin mahupun sudi.

Kerana itulah saya berfikir, siapakah dia fikir dirinya hendak memberikan saya peringatan itu?

Tidak sudah saya befikir mengenai seorang ini. Mengaku dirinya pejuang, pemartabat, tetapi dalam waktu sama, pandai-pandai pula hendak mengekang kebebasan berfikir dan menyuruh orang lain agar mematuhi kehendak dia.

Apa ini.

Februari 28, 2009

4 ulasan:

Si Pekik A.K.A Si Pekak berkata...

Barangkali, itu namanya panik seni!!

Tuan, harap komen puisi2 kami, silalah berkunjung... *sarang seni pekik blog

MARSLI N.O berkata...

Sdr. Nanti saya akan berkunjung dan membaca. Menulis terus.

.: S.A.Y.A :. berkata...

salam...
seronok berbicara tentang sastera dengan pak marsli tadi...
terima kasih untuk ilmu itu ya pak!
jemput ke taman ana...
http://misrainiwazir.blogspot.com
mohon ditegur mana yang patut... =)

salam dari lipis...
Misraini Wazir,
IPGM Kampus Tengku Ampuan Afzan,
Kuala Lipis, Pahang.

MARSLI N.O berkata...

Salam kembali untuk Misraini. Menulislah terus segala yang baik dan bermanfaat. Semoga menjadi amal buat kita, walau hanya secuil. Sudah saya linkkan di blog saya.