Khamis, November 19, 2009

Marsli N.O

KERANA MEREKA

Pagi ini mereka
Berebut sejadah
Walau agama tidak payah
Dan juga tidak mudah
Hanya tekun hati mendorong tabah
Bertemu Tuhan tidak berhelah

Terima kasih, Tuhan
Kerana tidak Kautanya
Dariku apakah memilik tauliah
Sendiri ketika di dalam rumah
MenghadapMu dengan pasrah.

November 19, 2009

2 ulasan:

sahrunizam abdul talib berkata...

Tulis sajak agama ni dah dapat tauliah ke belum? Hehe

MARSLI N.O berkata...

Agak-agak, siapa yang layak jadi tukang tauliah itu? Hahaha.