Isnin, November 23, 2009

PERTEMUAN PENYAIR NUSANTARA KE-3

PERTEMUAN Penyair Nusantara Ke-3 yang berlangsung pada 20 hingga 22 November 2009 di Dewan Bahasa dan Pustaka telah menemukan kembali saya dengan ramai teman-teman penyair, sama ada dalam atau luar negara. Selain saling bertanya dan bertukar khabar, saling bertukar hadiah dan memberi buku sudahlah pasti.


Tuan Haji Shapiai Mohd Ramly : Tidak sahaja kukenal kerana karyanya yang lembut dan berhemah, tetapi juga sebagai insan yang baik dan berbudi.
W.B Rendra: Kucemburui semangat dan kegagahan berkaryanya
Tuan Haji Shapiai Mohd Ramly yang baik ini menghadiahkan saya kumpulan sajak terbarunya “Keris Sebilah Itu”; Saudara Camar Putih menghadiahkan kumpulan sajak bersama beliau dengan Adi Swara dan Z.A Brunei “Titik”; dari Pak Djamal Tukimin saya menerima “Betapa Pun Begitu, Pada Hari Berkah Ini Cinta Kami Masih Tersisa”; penyair pesantren dari Tasikmalaya, Indonesia, Acep Zamzam Noor menghadiahkan saya “Maliun Hawa” karya penyair santri asuhannya, Ahmad Faisal Imron; Shamsudin Othman menghadiahkan “Tanah Nurani”; dan sasterawan muda Singapura Noor Hasnah Adam menghadiahkan “Mis3 Rasa”.


Iham Ainol: Selamat menjadi penyair saya ucapkan.

Camar Putih: Sahabat dari Brunei yang berani berterus-terang.
Dari Noor Hasnah Adam saya juga menerima kumpulan cerpen “Kelarai”. Isa Kamari menghadiahkan cakera padat "Kurnia" dari kumpulan Sirrfillsirr yang memuatkan 10 lagu yang liriknya ditulis oleh beliau. A. Razak Panaemalae dari Thailand pula menghadiahkan saya novel “Tivi” karya Shahnon Ahmad yang diterjemahkannya ke bahasa Thai. Majalah Pentas terbaru, Jilid 4 Bil 2 April – Jun 2009 saya terima dari Rahimidin Zahari.

Acep Zamzam Noor: Banyak aku berkongsi maklumat dan khabar dengannya.

Merakamkan sesuatu demi untuk menghindar lupa.
Bersama Pak Ibrahim Ghaffar
Sinaganaga: Saya sangat suka dengan lukisan covernya untuk buku sajak saya "Kepada Angin Juga".
Kepada teman-teman muda dan mapan yang sudi berkongsi maklumat, bertanya, berbual dan memberikan input-input baru sebagai penambah sumber makluman diri, ingin diucapkan terima kasih. Nama-nama: Nissa’ Yusof, Roslan Jomel, Ilham Ainol, Norzatulshima Nolan, Meor, MF Kencana, Sinaganaga, Ridzuan Harun, Hameer Habeeb, W.B Rendra, Acep Zamzam Noor, Ahmadun Yosi Hefanda, Rahimidin Zahari, Jimadie, A Rahim Qahhar dan lain-lain, termasuk yang tidak mahu namanya disebutkannya di sini kerana sebab-sebab tertentu. Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada yang sudi membeli buku saya.

November 23, 2009

10 ulasan:

Melihat Kesunyataan berkata...

Marsli,
Kesempatan bertemu dan berbual panjang dengan saudara, seorang tokoh yang benar-benar saya sanjung, memberikan kekuatan dan keyakinan kepada saya untuk terus terjun ke dunai kepenyairan.
Mohon untuk menyalin gambar-gambar dalam entri ini. Untuk kenangan.

Wahyu Budiwa Rendra berkata...

bang marsli. terima kasih memberi senaskhah pengalaman sebagai bekalan sepanjang perjalanan berkarya, insya-Allah.

Rusdi Abd Rahman berkata...

Sdra. Marsli,
Saya juga berkesempatan berbicara secara tidak rasmi dengan Sdra. pada malam perasmian, rasa bertuah juga. Walaupun hanya dapat hadir pada malam perasmian cuma namun dapat juga bertemu sebahagian penyair-penyair mapan dan prolifik tanah air.

MARSLI N.O berkata...

Tuan Haji Shapiai: Silakan menyalin dan yang lain akan saya email. Saya mohon maaf kalau sepanjang berbicara dengan Tuan Haji saya berkasar dan melampaui bahasa.

Sdr WB Rendra: Teruslah berkarya.

Sdr Rusdi: Saya mohon maaf kalau seperti sedang linglung. Sebenarnya sedang bergulat fikirkan sesuatu. Apa pun, walau sekilas dan ringkas, saya tetap menghargai segala mesra dan ramah yang diberi. Terima kasih.

benuasuluk berkata...

oh, terima kasih kerana juga turut tercatat nama saya.

MARSLI N.O berkata...

Sdr RH: Terima kasih untuk segala kebaikan Sdr.

edolah berkata...

gambar dengan aku tak ada pun...

Ilham Ainol berkata...

Salam 1Nusantara sdr MARSLI,

semasa berbicara -segala ingatan,nasihat dan komen yang tak terfikirkan bakal disematkan di dasar hati.rasa bangga dan teruja ini akan terus menyalakan sumbu hayat penulisan saya yang masih pucuk.moga Allah menyayangi kita semua demi kelangsungan dan kelestarian seni sastera dan bahasa bangsa kita...Amin.

MARSLI N.O berkata...

Sdr Ilham Ainol. Terima kasih kerana sudi berbagi dengan saya. Saya juga belajar dari saya.

Sdr Shukri. Mohon maaf kalau saya menyinggung Sdr. Moga kita tidak dimangsakan oleh fitnah.

MARSLI N.O berkata...

Sdr Ilham Ainol: Maksud saya, saya juga belajar dari Sdr.