Jumaat, Disember 18, 2009

SALAM MAAL HIJRAH




SELAMAT
menyambut Tahun Baru Hijrah 1431 kepada seluruh orang baik dan berbudi di seluruh dunia. Tidak lupa juga ucapan yang sama kepada orang jahat, yang di dalamnya termasuk juga para pemimpin yang khianat dan tega menipu rakyatnya dalam apa juga bentuk dan cara, semoga di tahun baru ini didatangkan keinsafan untuk kembali menyantuni rakyat yang telah menobatkan dirinya sebagai pemimpin.

Kepada yang berbaik hati menemukan dan membantu menyimpan bekas hitam yang berisikan pen drive milik saya, juga saya tidak lupa mengucapakan ucapan yang sama. Saya memohon kebaikan siapa pun anda untuk mengembalikan pen drive itu ke alamat saya seperti yang tertera di sisi kiri blog saya ini. Atau jika tidak pun, meletakkannya semula di mana tempat pertama anda menemukan bekas itu.

Tidak lupa juga kepada kawan dan lawan, pembaca dan pembeli karya karangan saya, ucapan selamat menyambut Tahun Baru Hijrah 1431 juga saya ucapkan. Tanpa kalian, apalah sangat ertinya seorang pengarang seperti saya.

Kuantan,
Disember 18, 2009

4 ulasan:

Rusdi Abd Rahman berkata...

Sdra. Marsli,
Selamat Tahun Baharu 1431 Hijrah, semoga tabah dalam dugaan yang dihadapi serta bertambah semangat dalam kehidupan seharian.

NASSURY IBRAHIM berkata...

Ya Allah, dengan kuasa-Mu, kembalikan pen drive kepada pemiliknya, dan berkatilah hidup insan yang tolong menyimpan untuk dikembalikannya.

NASSURY IBRAHIM berkata...

Ya Allah, dengan kuasa-Mu, kembalikan pen drive kepada pemiliknya, dan berkatilah hidup insan yang tolong menyimpan untuk dikembalikannya.

Hashim Zabidi berkata...

Selamat Tahun Baru Hijrah, saudara Mudah-mudahan tahun 1431 bertambah cerah buat sdr. dan keluarga.