Sabtu, September 11, 2010

SEBUAH NIAT, MENGHARAP BANTU SERTA RESTU TAULAN DAN SAHABAT


INI adalah sebuah niat. Niat yang saya tekadkan begitu menjengah Syawal yang satu. Dan kerana ianya sudah menjadi niat, maka saya akan melaksanakannya sesungguh hati dan tekad. Tanpa peduli rintang dan duga. Atau akan tersentuh semata-mata kerana cela.

Moga mendapat bantu dan restu sahabat serta taulan.  Kerana saya akan menulis dan bertanya secara terbuka. Tanpa niat untuk menunjuk pandai atau berlagak lebih tahu terhadap sesiapa. Semampu saya, saya berusaha untuk berlaku jujur dengan segala fakta.

Saya  tahu, tidak ada gunanya menanti dan menunggu. Kerana itulah saya memilih untuk berbuat. 

Semoga, usaha kecil saya ini akan tetap sama memberikan manfaat. 

September 11, 2010

3 ulasan:

Melihat Kesunyataan berkata...

Marsli N.O,
Niat yang baik elok diteruskan, tanpa tangguh-tangguh. Semoga berjaya.

Hashim Zabidi berkata...

Sdr Marsli N.O,

Selamat Hari Idilfitri, maaf zahir batin.

MARSLI N.O berkata...

Salam Pak Hashim dan Tuan Haji Shapiai: Salam Idulfitri dan memang saya sedang mengerjakan itu.

Terima kasih atas sokongan.

MARSLI N.O