Selasa, Mei 10, 2011

TAHNIAH


UNTUK sekian hal dan perkara, itulah ucapan yang ingin saya sebut serta katakan dan memaklumkan kepada sesiapa yang berkenaan: saya masih lagi belum menjadi lembu walau cuba diperlembukan dengan pelbagai cara. 

Tahniah untuk segala hal dan perkara, yang diatasnamakan mendahulukan segalanya atas nama rakyat. Kilang memproses nadir bumi, harga petrol dan gula yang dinaikkan. Tahniah.

Marah? Jengkel?

Oh, tidak. Untuk apa saya marah dan jengkel. Sebagai rakyat bukankah peranan saya adalah  menerima dan menerima.?

Tahniah. Itulah ucapan saya. Dan saya masih belum menjadi lembu.

Mei 9, 2011

2 ulasan:

Abang Ben berkata...

ada beberapa perkara penting yang memang kita kena jadi lembu.

"Kami dengar, dan kami taat"

Naim berkata...

ya, tahniah.

Kita belum berjaya dilembukan. Alhamdulillah.