Sabtu, September 08, 2012

KUMPULAN CERPEN TERBARU SAYA


SEBUAH buku baru saya berupa kumpulan cerpen berjudul MASIHKAH AKU BERMIMPI kini secara rasminya telah  diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur tahun 2012 ini. Naskhah untuk pengarang telah saya terima dari Bahagian Hak Cipta, Dewan bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur tanggal 7 September 2012.

Buku ini merupakan kumpulan cerpen terbaru saya yang ke tujuh selepas "Penipu"; "Biduan"; "Demi"; "Menanti Buraq";  "Politikus, Badut & Sebuah Cermin"; dan  “Gunting”.

MASIHKAH AKU BERMIMPI   memuatkan 23  cerpen saya yang ditulis sekitar tahun 1989  hingga 2005. Sebahagian cerpen-cerpen tersebut, setelah sekian lama disimpan dalam dokumentasi milik peribadi, telah dikirim dan telah disiarkan di pelbagai akhbar dan majalah. Sementara beberapa yang lainnya memang tidak pernah disiarkan di mana-mana.

Selain cerpen "Masihkah Aku Bermimpi", cerpen lain yang dimuatkan di dalam buku ini ialah "Tunggul ", "Gangguan", "Diri", "Busung", "Karma", "Luka", "Tanpa", "Tiba-Tiba Hitam", "Niat", "Penjilat", "Sahabat", “Si Laknat”, “Dia”,  “Ekor”, “Entah”,  “Sandiwara”, “Sandiwara (2)”, “Sandiwara (3)”, “Ngong”, “Gong! Gong!”, Anjing-Anjing”, Penyair dan Para Badut”.

Pengumpulan cerpen untuk kumpulan ini didorong oleh projek pembinaan judul anjuran Dewan bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur yang ditangani oleh pegawainya Mohamad Shahidan dan Marwati Wahab sekitar tahun 2008 di Cherating, Kuantan, yang turut disertai sama beberapa teman penulis Pahang.

Kepada semua pegawai, sasterawan dan oknum-oknum yang membantu secara langsung mahupun tidak, khususnya Mohamad Shahidan dan Marwati Wahab dari Dewan Bahasa dan Pustaka, Puan Norimah Bajuri, Puan Hajijah Jais, Puan Hajjah Asiah dan pereka atau pelukis cover, juga mereka yang lain, saya mengucapkan jutaan terima kasih atas bantuan.

Kepada pembaca, silakan membeli karya yang asli di kedai buku terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka atau boleh memesan langsung kepada saya untuk mendapatkan tandatangan dan autograf.

Terima kasih atas segala sokongan anda!

September 8, 2012

2 ulasan:

Tetamu Istimewa berkata...

Tahniah ya, Tuan Marsli. Sangat prolifik.

MARSLI N.O berkata...

Sdr Mohd Helmi: Terima kasih atas ucapannya. Semoga semangat berkarya Sdr tetap marak dan berkobar.

MARSLI N.O