Isnin, November 12, 2012

TEMPAT


SERING  juga sesuatu yang dikunjungi dan dihadiri, ingatan terhadapnya tidak ingin disimpan lama di dalam ingatan.  Terutamanya kerana mual dan sebal mengenangkan.  Kerana itu tidak dirasa perlu disimpan menjadi kenangan.

Misalkan, pengerusi acara yang ghairah berulasan dan ingin juga menyampaikan ceramahnya hampir menyamai panjang ceramah  beberapa tokoh sebelumnya. Atau pembentang mengulang lagi berkali-kali apa yang sudah jelas tertera di kertas yang sudah sedia di tangan pendengar.

Memang manusia suka bercakap untuk menunjukkan betapa bijaknya dia dan  memperagakan.

Memang sialan dan rasa  sia-sia juga datang ratusan kilometer hanya untuk mendengar leteran orang yang berasa dirinya terlalu bijak dan terlalu banyak tahu.

Sekali lagi: sialan!

November 12, 2012
 

Tiada ulasan: