Setinggi-tinggi tahniah sdr. Marsli NO, saya juga amat gembira dengan kehadiran buku ini dalam dunia sastera. Wajah bukunya unik, spt penulisnya juga unik!
Selasa, Disember 04, 2012
KISAH SECEBIS DARIPADA HAYAT SEORANG ANONIM
Judul: MERANGKAI
KISAH, MERENDA KATA
Penerbit: Institut
Terjemahan & Buku Malaysia
Harga: RM
20.00
Kiriman naskhah ikhlasnya telah saya
terima petang Disember 3, 2012 daripada
ITBM. Terima kasih atas kiriman dan penerbitannya. Buat semua di ITBM, daripada
yang paling atas hingga yang paling bawah saya berasa sangat berhutang budi
dengan kalian. Juga teman-teman di PENA, saya juga mengucapkan jutaan terima
kasih. Tanpa bantuan kalian meluangkan jalan penerbitannya dalam bentuk buku
yang lebih bermaruah, apalah ertinya karya demi karya yang telah saya tulis dan
hanya disimpan di dalam almari.
”Tahniah sahabat atas penerbitan terbaharu ini. Tahun 2012
merupakan tahun yang paling banyak buku sdr diterbitkan . Kalau tak silap ini
yang ke-3. Sangat layak untuk SEA Write Award dengan pengalaman menulis yang
panjang, sentiasa konsisten dan tak kenal lelah dan bilangan buku yang banyak
yang telahpun diterbitkan”. Begitu kata penyair
Pahang Sahrunizam Abdul Talib dalam reaksinya di wall FB saya.
Saya juga tidak melupakan untuk kembali mengucapkan terima kasih kepada semua yang mencatat ucapan dan like mereka di wall FB saya. Juga untuk ucapan tahniah dan sambutan daripada Sri Diah Shaharuddin dan Shapiai Mohd Ramly. Terutama juga ucapan yang berikut.
Siti Zaleha M Hashim:
Setinggi-tinggi tahniah sdr. Marsli NO, saya juga amat gembira dengan kehadiran buku ini dalam dunia sastera. Wajah bukunya unik, spt penulisnya juga unik!
Setinggi-tinggi tahniah sdr. Marsli NO, saya juga amat gembira dengan kehadiran buku ini dalam dunia sastera. Wajah bukunya unik, spt penulisnya juga unik!
Namun
terus terang sahaja. Semakin saya berasa ke hujung hayat semakin saya berfikir
dan merasa. Yang saya takut dan khuatirkan kalau saya semakin tanpa sedar
menjadi sombong dan bongkak dalam menulis dan berkata-kata dan kerana itu
menganggap segala yang saya tulis dan katakan adalah sesuatu yang sangat-sangat
bernilai buat orang lain yang membaca, sedangkan pada hakikatnya, saya hanya sekadar
syok sendiri dan semua itu tidak memberikan sebarang faedah kepada orang lain.
Apakah
yang saya tulis dan terbitkan atau siarkan, memang memberikan manfaat
buat sesiapa yang membaca? Sungguh saya takut andai hanya menulis semata-mata
untuk seronok sendiri. Sungguh.
Untuk dan kerana itu jugalah, saya ingin kembali ke dalam diri sendiri. Lebih jauh merenung dan membaca segala kebodohan diri sendiri.
Semoga walau pun sedikit, segala yang saya tulis dan katakan tetap juga memberikan sedikit manfaat kepada pembaca dan orang lain. Semoga.
Disember 4, 2012
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
4 ulasan:
Tahniah!
Salam, Tuan Marsli N.O. Sudah lama tidak ke sini.
Tahniah atas penerbitan buku ini. Saya sangat teruja untuk mendaparkannya.
Untuk makluman, saya juga telah membaca GUNTING. Setelah itu saya terpikat dengan bahasa dan gagasannya. Kemudian, impian saya tercapai juga untuk membaca MASIHKAH AKU BERMIMPI. Seterusnya, walaupun sudah lama buku ini DEMI masih saya memburunya, akhirnya berjaya dalam rangkulan saya.
Saya masih menantikan buku ini. Susah juga untuk mendapatkannya kerana tidak banyak kedai yang menjual buku terbitan ITBM.
Keterujaan itu telah membuatkan saya untuk mengulas buku Tuan Marsli, GUNTING dan dihantar ke Mingguan Malaysia. Tetapi masih belum ada khabar. Barangkali ulasan saya itu tidak menarik kot. (jika berminat boleh saja saya kirimkan ulasan itu kepada Tuan)
Saya hanya mencuba dan meluahkan pada pandangan saya. Teruskan menulis. Moga selepas ini ada pula kumpulan puisi terbaru.
Salam Sdr Rositah Ibrahim. Semoga Sdr juga tetap gigih berkarya dan akan melahirkan sebuah penerbitan.
Sdr Tetamu Istimewa atau Sdr MOhd Helmy Ahmad. Terima kasih kerana sudi membaca karya saya. Ada sesuatu yang Sdr tanyakan yang belum saya jawab. Sila ke email saya di marslino@yahoo.com untuk saya katakan sesuatu.
Catat Ulasan