Khamis, Oktober 17, 2013
TANPA
PENGALAMAN masa lalu di masa kecil sebagai anak dari seorang bapa berketurunan Jawa, yang kemudiannya ditakdirkan menghadap Penciptanya ketika saya baru menjejakkan kaki ke darjah satu sekolah rendah, mengajarkan saya untuk tidak terlalu banyak berharap dan meminta sesuatu yang belum pasti hadir atau belum dimiliki.
Ingatan itulah yang selalu mengajar saya untuk bersikap seadanya dan dengannya jugalah saya mengajar diri agar tidak mudah berasa kecewa jika tidak mendapatkan sesuatu yang diingini atau dicita-citakan.
Kerananya, saya mengajar diri untuk lebih gigih berusaha mendapatkan sesuatu yang saya inginkan di dalam hidup dan kemudian, cepat pula mengajar diri agar bersyukur dan tidak bersikap terlalu tamak.
Dengan pengalaman inilah juga maka saya tidak mudah menjadi manusia pemurung dan kecewa.
Kerana saya tahu, selain saya, masih terlalu banyak manusia lain yang nasibnya lebih tidak beruntung ketimbang nasib diri saya.
Segala ketidakberuntungan nasib bukan untuk semata ditangiskan. Apa lagi untuk menyalahkan Tuhan dan takdir.
Sebaliknya, saya jadikan ia batu bara pembakar semangat untuk saya kembali bangkit dan terus berjuang.
Tentunya dengan cara yang sudah saya pilih sendiri. Dan seboleh daya saya usahakan supaya tidak sampai memijak orang lain, walau dalam bentuk apa sekalipun.
Oktober 17, 2013
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan