Jumaat, Oktober 31, 2014

TERMINAL


"KENAPA merajuk tak datang?" Tanya dia. Saya hanya senyum dan berasa tak kuasa hendak bercakap banyak mengenainya. Alahai. Merajuklah pula dikatanya aku. Biarlah. Lagi pun dia bukan tahu atau akan  ambil peduli kalau kerana ke sana, saya akan tiba di rumah pada jam 4.00 atau 5.00 pagi pada 27 Oktober dan pada jam 7.00 pagi hari yang sama, saya perlu berkejar pula ke terminal untuk menaiki bas ke destinasi yang lain.

Disalah anggap atau ditohmah begitu saya sudah lali dan semakin tidak mahu mengacuhkannya lagi. Biarlah apa mereka hendak cakap dan tohmah. Biarlah. Saya tidak berasa rugi dan tidak ingin biarkan jiwa keterlaluan berasa terganggu keranannya. 

Saya tahu apa yang hendak saya tuju dan gapai. Cukuplah itu. Yang selain itu bukanlah menjadi urusan serta perhatian diri dan jiwa saya.

Oktober 29, 2014

Tiada ulasan: