Jumaat, Mei 11, 2018

BUKU "KISAH MENULIS" : SEHARI SELEMBAR BENANG, AKHIRNYA MENJADI KAIN


AKU sedar dan tahu aku ini bukan orang banyak duit. Hendak terbit buku kalau dalam tangan tiada RM 1500 ke 2000 jangan mimpilah. Kalau pun yang ada belanja sekitar RM 600 ke 700, aku kena terbikan dengan mereka paling tidak 100 buku dengan jumlah halaman sekitar 120 muka surat.

Akhirnya, kerana tidak mahu tanggung kerugian besar kalau terbitkan sampai 100 naskhah, aku pilih terbitkan sekitar 40 ke 50 naskhah sahaja. Tetapi kalau hantar ke pencetak, kosnya lagi mahal.

Akhirnya aku nekad keluarkan segala kemahiran yang aku ada.Dengan komputer cabukku yang berusia sudah puluhan tahun (aku beli tahun 1990) semuanya aku kerjakan sendiri.
Daripada menaip setting, buat cover, editing, semuanya aku buat sendiri.

Sudah itu terkial-kial pula aku menyiapkan dami. Bila sudah selesai, kujilid dan gamkan dengan tenaga empat kerat aku sendiri.

Dari dami inilah sebagai contoh, esok atau lusa aku akan ke kedai fast print. Setiap hari aku akan menzerox sekitar  10 buah buku. Setelah dizerox, aku akan jilid dan menggluekan covernya pula.

Begitulah setiap hari cara aku bekerja. Setiap hari siapkan 10 buah buku. Buku yang aku siapkan dengan tenaga empat kerat aku sendiri.

Aku pun target hendak terbitkan buku ini dalam jumlah yang tidak sampai 100 naskhah. Sebab kalau terbit banyak tetapi orang tidak mahu beli pun tidak guna juga. Buat membazir kan duit sahaja.

Lagi pun aku tidak bercadang hendak jual buku terbaruku ini kepada semua orang secara terbuka. Aku hanya akan menjual buku ini kepada kawan-kawan baik dan rapat yang aku percayai sahaja.

Sebab apa aku katakan begitu?

Rasanya tidak perlulah aku perjelaskan panjang lebar mengenai ini.

Kata mudahnya, siapa yang beli buku ini kerana aku sudi jualkan kepadanya, kira bertuah dan beruntunglah.

Sebabnya, dalam buku ini banyak aku dedahkan rahsia, teknik dan taktik penulisan aku secara peribadi yang selama ini tidak pernah aku ceritakan kepada sesiapa.

Aku tidak mahu dan tidak berangan pun hendak jadi jutawan kerana menerbitkan buku ini. Dapat untung dalam RM 10.00 bagi sebuah buku pun kira memadai sudah. Soal idea dan penat lelah aku tidak ambil kira sangat.

Aku berusaha terbit buku aku ini secara sendiri ini bukan kerana niat hendak menyaingi kawan aku Mohamad Kholid atau Helmy Samad berkenaan terbit dan menerbitkan buku ini.

Mereka itu kira sudah tahap gajah. Sedangkan aku baru tahap kerengga dan modal seratus dua ratus sahaja.

Yang penting, dengan cara menerbitkan sendiri buku aku ini secara begini, aku tidak perlu lagi menjadi penunggu dan mengemis simpati orang atau yang bernama penerbit. Kini, tanpa niat hendak membanggakan diri, aku kini yang menjadi penerbitnya.

Itu yang penting!

Harga buku ini termasuk kos pos laju adalah RM 25 (Semenanjung).  Yang berminat sila WA ke +6011 5241 3235.

Tiada ulasan: