saya dengan ini menyatakan
BANTAHAN
atas apa yang disebutkan Tan Sri sebagai
cadangan mewajibkan LULUS
mata pelajaran Bahasa Inggeris
sebagai syarat lulus peperiksaan
SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM).
Walau apa pun hujah dan alasan,
saya fikir
sebagai bangsa yang menyayangi
bahasa ibundanya sendiri,
alasan dan hujah bagi
BANTAHAN
saya ini sudah pun dimaklum
serta difahami.
Untuk itu jugalah,
saya kira
waktu dan tenaga
tidaklah perlu
hendak DIBAZIRKAN lagi
untuk berdebat
dan memperlanjutkan bincang.
Rabu, 10 Jun 2009
5 ulasan:
saudara,
lidah mereka dua dan gegendang telinganya sudah lama tersumbat.
Betul tuan,
saya sokong. Biarlah kita demonstrasi lagi. Biarlah terbalik klcc. Bangunan boleh dibina malah lebih maju lagi tahun demi tahun. sekali peradaban bangsa terluka, kesannya tak terubat..
Semoga Allah bersama pejuang yang tekal. Insyallah.
Salam Sdr Zaid: Kita tentu sahaja sangat memaklumi. Terima kasih kerana meninggalkan jejak di sini.
Salam Sdr Zarif: Kenapakah kita sering menjadi bangsa yang terluka?
Sdr Marsli,
Kita menjadi bangsa terluka kerana membiar diri kita diperkuda...
SN Usman Awang sudah melihatnya sejak sebelum merdeka lagi melalui "Jiwa Hamba"!
Catat Ulasan