Ahad, Disember 06, 2009

MOHON BANTUAN


SAYA tertinggal folder/ planner/ pengurus peralatan yang boleh dilipat sebesar planner ukuran standar berwarna hitam ketika mengemaskan beg seusai baca puisi di Rumah Pena pada malam 4 Disember 2009 lalu. Saya telah ke Rumah Pena tadi pagi dengan bas jam 1.00 pagi dan ketika tiba di sana kurang lebih jam 5.00 pagi, tempat di mana saya tertinggal bekas peralatan tersebut telah digantikan dengan sekaki payung.

Saya MOHON BANTUAN sesiapa yang telah berbaik hati tolong menyimpan bekas berwarna hitam milik saya tersebut, yang di dalamnya antara lain berisikan pen drive dan earphone telefon, saya mohon tolong kembalikan kepada saya.

Saya MOHON sangat-sangat. Saya kini sedang bingung. Di dalam pen drive itu seluruh hasil karya dan dokumentasi saya berada di dalamnya. Tanpanya, saya kini sedang mati akal. Masih banyak deraf dan tulisan yang belum disiar dan belum saya muatkan di mana-mana berada di dalam pen drive itu.

Sekali lagi, saya merayu dan MOHON BANTUAN, kembalikanlah kepada saya. Saya merayu.

MARSLI N.O
Kuantan
Disember 6, 2009

3 ulasan:

setiakasih berkata...

Salam..
Semoga Allah SWT membukakan hati org tersebut mencari Tuan andai jika ada alamat Tuan di dalamnya.

Amin.

Rahimin Idris berkata...

Saya berasa simpati. Dia atas segala kebaikan yang pernah anda lakukan, saya berdoa agar Allah memudahkan cara untuk saudara menemu kembali folder saudara yang hilang itu. Hanya itu saja yang mampu saya bantu setakat ini. Dengan doa yang serba kekurangan. Moga bersabar.

Rahimin Idris

Melihat Kesunyataan berkata...

Marsli N. O.
Saya tahu benar bagaimana perasaan Marsli atas kehilangan pen drive yang berisi dokumentasi dan karya penting itu.
Harap ada insan yang menemuinya dan menyerahkan kembali kepada saudara.