Isnin, Mei 17, 2010

SAJAK Marsli N.O

INILAH SEBUAH NEGERI

Inilah sebuah negeri
Kucinta dengan seluruh hayat
Dan membara tekad
Ketika doa selalu diucap
Memohon sejahtera menghindar laknat
Moga ini negeri menjadi azimat
Tersemat selalu di dalam ingat.

Agar tidak dihuni  para pesulap
Yang bersahabat dengan ulat
Rakus meratah segala nikmat
Demi laba sendiri kehendak
Bersahabat dengan pemikir bejat
Menjadikan negeri tempat berpijak
Pelobi yang tamak.

Tanpa peduli
Meski merobek suci jasad.

Sumber siaran: Mingguan Malaysia, 16 Mei 2010
 

6 ulasan:

Unknown berkata...

Tahniah Pak Marsli!

A. Muziru Idham berkata...

Salam, bang Marsli. Tahniah atas puisinya yang tersiar itu. Maaf tidak mengucapkan tahniah kepada abang kelmarin kerana akhbar MM tidak dibeli kelmarin. Apapun, tahniah sekali lagi.^_^

kelompen berkata...

saudara marsli
puisi ini cukup mengesankan, kecintaan kepada negeri dan negara, yang dikhuatiri penulis nantinya dikongsi bersama pihak yang kurang kecintaanya, benarkah tafsiran saya ini? terus menulis, saya mengagumi sdra..

MARSLI N.O berkata...

Sdr Al-Ghazali Sulaiman: Terima kasih atas ingatan. Selamat berkarya buat Sdr.

Sdr A.Muziru Idham: Selamat berkarya tanpa jemu dan henti.

Sdr Kelompen: Terima kasih atas reaksi. Sudah mengirim ke media?

Unknown berkata...

salam tahniah daripada saya, tuan. bangga dapat berkongsi ruangan karya dengan tuan.

MARSLI N.O berkata...

Salam kembali Sdr Hazwan. Selamat terus berkarya.