Khamis, Ogos 19, 2010

LEBIH BAIK

LEBIH baik malu sekali dan sekarang dari berterusan dimalukan orang sepanjang waktu dan zaman.

Begitu kembali kubaca catatan itu dalam salah satu buku notaku. Bertanggal 3 Januari, 1975.

Puas sendiri aku merenung dan cuba mengingat peristiwa yang memungkin dan menggerakkan  kutuliskan itu di dalam buku catatan.

Kini, kubiarkan lebur dan lenyap di dalam kenangan.


Ogos 19, 2010 (Ramadhan Sembilan)

Tiada ulasan: