Khamis, Disember 01, 2011

MAHARAJA LAWAK (4)


Di sinilah pentas dan ruang “si palsu mencari makan” (1). Mengendarai akal muslihatnya dengan raga hanuman. Meratah atau meredah segala yang menghadang. Tanpa malu dan silu mengangakan mulutnya yang berbau di depan mikrofon. Berkoar demi meraih sokongan atas nama mempertahankan segala pertuanan.  Ketika lidahnya yang berkarat dan terbelah menyokong hujahnya yang bejat untuk setiap kata yang sudah dipintal dan maknanya dipusing terbalikkan.

Dan penonton diajak melambung sebiji bola kristal yang dipenuhi mimpi dan angan.  Di pentas dan ruang yang menyaksikan kejadian, dengan rasa mual yang tidak terucapkan

Disember 1, 2011

Nota kaki:
(1)  Ucapan Ridzuan Harun di status Fbnya bertarikh  1 Disember 2011.

Tiada ulasan: