Selasa, Mac 13, 2012
MATI
SAYA tidak marah dan tersinggung kalau kerananya dianggap bodoh. Soal mati di mana-mana dan bila-bila waktu pun akan tetap mati.
Tetapi saya tidak ingin mati dalam keadaan diperbodohkan oleh mereka yang berfikir dan berasa betapa orang seperti saya boleh sewenangnya mereka perbodohkan dan menyangka boleh menerima secara membuta tuli segala hujah dan alasan yang dipasakkan ke dalam fikiran saya dengan hujah dan alasan yang mereka cipta serta reka, yang jelas sangat tidak masuk akal.
Asasnya mudah sahaja. Kalau tidak bahaya, kenapa perlu datang sedemikian jauh? Tidakkah suatu kerja yang bodoh dan tongong bila mana hasil yang diperolehi dari perut bumi di gurun negeri mereka sendiri perlu diangkut sedemikian jauh hingga melangkaui benua dan lautan untuk memprosesnya di sini?
Kenapa tidak di bumi mereka sendiri? Dan kenapakah di negaranya sendiri terjadi bantahan mengenainya?
Tetapi seperti selalu. Beberapa orang, termasuk yang diberikan kepercayaan oleh rakyat agar membela dan memelihara kesejahteraan hidup mereka yang bernama rakyat mencipta serta mereka pelbagai alasan.
Sekali lagi, saya tidak marah atau berasa tersinggung kalau dianggap bodoh dan kurang memahami.
Cuma, bila perkara yang pada asasnya sangat mudah ini pun tidak begitu mudah untuk difahami oleh mereka yang berasa dirinya terlalu cerdik dan diberikan amanah oleh rakyat dan malah cuba memutarbelitkannya pula dengan pelbagai dalih dan alasan, saya ingin juga kembali bertanya: SIAPA SEBENARNYA YANG BODOH?
Mac 13, 2012
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan