Selasa, Mac 12, 2013
CATATAN RINGKAS MENGENAI REAKSI
TERIMA KASIH kepada yang sudi membaca dan kemudian memberikan reaksi untuk sejumlah entri yang saya poskan di blog saya ini.
Namun harap juga dimaklum. Betapa saya sulit untuk menerima pujian-pujian yang saya rasakan bukan hak saya untuk menerima dan demikian juga dengan kritik dan cemoh yang sangat tidak jelas asal usulnya. Saya juga tidak mungkin menerima dan menyiarkan reaksi yang dikirim oleh siapa sahaja yang tidak jelas identiti dirinya, sama ada itu berupa pujian, dokongan, sokongan dan apa sahaja yang sejenis dengannya.
Saya mungkin menulis di sini dalam keadaan separa sedar, atau mungkin juga terlalu beremosi dan syok sendiri, kadang-kadang. Saya akui itu. Namun satu hal, saya biasanya tidak mahu berbohong dengan diri saya sendiri dan kerana itu menulis apa yang sedang saya fikir dan rasakan dengan tanpa berselindung.
Saya tahu sikap itu memang dan akan boleh melukakan sebahagian orang lain yang mungkin singgah dan datang untuk membaca, walau saya sama sekali tidak berniat menujukan tulisan itu kepada mereka.
Apa boleh buat. Saya tidak boleh menghalang untuk orang lain berasa dan terasa. Walau pun saya selalu memilih untuk hanya bersendiri dengan diri saya sendiri dan tidak ingin ambil peduli yang selain itu.
Mac 12, 2013
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 ulasan:
Ya, saya ikuti, menjadi pegikut senyap!
Sdr Rositah Ibrahim: Tahniah atas penerbitan antologi puisi dan terima kasih kirimannya kepada saya. Semoga terus menuliskan puisi yang lebih mendalam dan merenung. Teruskan.
MARSLI N.O
Mac 13, 2013
Catat Ulasan