Jumaat, Mac 08, 2013

MENULIS ADALAH KESUNGGUHAN

SATU demi satu buku tulisanmu akhirnya diterbitkan juga. Namun  pembaca tidak pernah tahu betapa kau saban malam, untuk puluhan tahun bersendirian melawan kesunyian dan keresahan di kamar tulismu sendiri. 

Biarlah dan lebih baik andai mereka tidak pernah tahu. Kerana, andai  dengan kau bercerita maka akan semakin membuka sombong dan pongahmu sendiri, lebih baiklah kau simpan segala itu menjadi rahsia di dalam dirimu sendiri.

Simpanlah sahaja segalanya di dalam diri sendiri. Simpanlah. Simpanlah sendiri.

Mac 8, 2013

5 ulasan:

Tetamu Istimewa berkata...

Saya setuju dengan kata-kata Tuan Marsli.

MARSLI N.O berkata...

Sdr Mohd Helmi Ahmad: Ya, menulislah bersungguh-sungguh. Dengan hati dan jiwA tulus.

MARSLI N.O

Ilham Ainol berkata...

as salam sdr Marsli.

menulis itu payah berbaur getir, namun hasilnya indah sukar ditafsir...

Ilham Ainol berkata...

sdr Marsli.

menulis itu payah berbaur getir, namun hasilnya indah sukar ditafsir...

MARSLI N.O berkata...

Sdr Ilham Ainol: Saya mempercayai kata-kata Sdr itu. Payah dan getir terutamanya untuk melawan kemalasan dan menghindar rasa sombong yang melulu di dalam diri.

MARSLI N.O