Rabu, Mei 08, 2013

Sajak MARSLI N.O

DI LUAR POLITIK

Sudahlah, kuajak kau kembali mencumbu puisi
tinggalkan politik ke dalam kardus
atau campakkan ke jurang yang dalam
segala murka dan dendam
yang kaupinjam dari hutan curiga yang kelam

inilah dunia tempat kita saling berbagi
dengan makna dan lindap erti
di luar peri dan iri
kerana kita penyair
tidak pernah ingin menjadi mereka

Mei 7, 2013

1 ulasan:

Rositah Ibrahim berkata...

suka sajak ini.

sayang sekali kerana tidak punya kesempatan untuk hadir ke sofa putih Marsli No dan Rahimidin zahari.