Khamis, Ogos 15, 2013
KUASA + KUASA + KUASA + KUASA
KERANA dengan kuasa manusia boleh bertindak dan memerintah orang lain yang tidak memilikinya, maka ramai manusia menjadi pelahap dan tamak ingin memilikinya, dan kemudian, pelbagai usaha diikhtiarkan, tanpa peduli secara benar atau salah, untuk mempertahankan kuasa yang sudah berada di genggaman.
Sehingga akhirnya, tatkala ketamakan terhadap kuasa mengatasi segala-gala, manusia tega
menyunglap dirinya menjadi tuhan dan berasa dirinyalah yang berhak
menentukan hidup atau mati orang lain.Walau mereka tahu mereka tidak berhak untuk menjadikan dirinya tuhan, tetapi ketamakan dan rasa haloba, menjadikan para pelahap kuasa ini buta untuk melihat cahaya kebenaran serta keadilan dan terus bermaharaja lela.
Mereka berpura-pura lupa atau tidak tahu bahawa Allah S.W.T lebih berkuasa dalam menentukan segala dan janji balasan yang setimpal terhadap setiap perbuatan manusia di atas muka dunia ini seolah tidak pernah membuat hati dan perasaan mereka untuk tunduk.
Ogos 15, 2013
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan