Isnin, Mei 26, 2014

FOTO SENDIRI


SUDAH terlalu lama rasanya saya tidak melihat foto aksi saya sendiri sedang membacakan sajak di pentas.

Malam kelmaren, 24 Mei 2014, bertempat di auditorium Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri terengganu, ketika tampil sebagai salah seorang pembaca sajak di pentas Malam Ibu-Ibu Baca Puisi (Seraut Wajah Setaman Puisi)  sempena Temasya Teater Kuala Terengganu 2014 anjuran Perkumpulan Teater Terengganu (KUMPUTER) yang dihoskan oleh Persatuan Karya Negeri Terengganu (KARYA),  foto saya telah dirakamkan oleh Sdr Sharrul Rizal Hashim dari DBP Wilayah Timur.

Sekeping daripada foto  saya di acara yang berlangsung di auditorium Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Ngeri terengganu, Kuala Ibai itu telah disiarkan oleh  Sdr Sharrul Rizal Hashim di dinding Fbnya.

Foto saya yang sedang  membacakan sajak saya dari serial Mencari Nur itu sungguh menyukakan hati saya kerana posisi dan gesture saya kelihatannya sungguh tepat dan berseni.

Di samping itu juga, walau pun sedar perut saya semakin membuncit, namun kelihatan di mata saya sendiri, ketampanan saya sebagai seorang lelaki dan sebagai seorang penyair masih belum kalah dan luntur.

Kerana itu jugalah, saya sungguh berasa suka dan gembira melihat foto saya yang sedang membacakan sajak yang dirakamkan oleh Sdr Sharrul Rizal Hashim itu.

Terima kasih Sdr Sharrul Rizal Hashim untuk rakaman foto yang sangat cantik, berseni dan amat menyukakan hati saya itu.

Kerana foto rakaman Sdr itu, saya kembali menjadi sedar, bahawa saya ini masih tetap tampan,  bergaya dan macho.

Ha ha ha ha!

Mei 26, 2014

1 ulasan:

Rositah Ibrahim berkata...

ya, foto yang ada nili estetikanya. Dan nilai 'kemaachoan'nya..he he...

Saya suka foto ini!