Isnin, Mei 26, 2014

TIADA APA


SUDAH sejak awal tahun 2013 yang lalu saya sudah menutupkan diri daripada membaca tulisan pengarang yang satu ini, sama ada tulisannya yang dalam bentuk buku atau yang berlegar di ruang maya.

Walau pun membaca memang menjadi kemustian bagi saya, sebagai bahan bantu pemasuk maklumat dan ilmu ke dalam otak saya, namun saya sudah tidak berasa rugi atau tertinggal apa-apa andai tidak membaca tulisan pengarang yang satu ini.

Saya tidak mahu membazirkan baki usia saya yang semakin sedikit ini membaca tulisan mahkluk yang satu ini. Biarkanlah dia terus dengan lagak serba tahunya.

Saya tidak sedikit pun berasa rugi kerana tidak membacanya. Kerana, selain dia, masih ramai lagi pengarang lain yang menulis penuh dengan nada bersahabat, dan paling penting tidak terlalu ketara mahu menunjuk-nunjuk bahawa dialah yang lebih pandai dan terlalu tahu berbanding orang lain.

Mei 26, 2014

Tiada ulasan: