Jumaat, Januari 02, 2015

2015


KERANA sudah bertekad dan memilih untuk bersendiri dan mandiri begitu memasuki tahun 2015 ini, saya tidak berasa perlu dan penting untuk menceritakan apa-apa yang ingin dan akan saya laksanakan sebagai seorang penulis di sepanjang tahun 2015.

Sebagai penulis, sudah pasti saya akan terus menerus menulis. Katalah itu buku, atau apa sahaja karya. Tetapi tidak terlalu perlu untuk saya menceritakan berapakah jumlah atau apakah bentuk dan genrenya. Biarlah waktu dan hasil akhirnya nanti yang menentukan. 

Selamat tinggal semuanya: dunia galau dan kawan-kawan yang sombong, khianat atau para penggunjing. 

Semakin menjadi tua, semakin  saya berasa ingin lebih menyendiri dan semakin saya berasa tidak memerlukan keriuhan lagi. Kepada yang berminat dan menggilainya, saya tidak ingin menyalahkan anda.

Silakanlah!

Dan saya sudah memilih untuk terus berjalan: sendiri dan mandiri.

Januari 2, 2015

Tiada ulasan: