Rabu, Mac 25, 2015
MENJADI DIRI DAN SENDIRI
MEMILIH menjadi dirimu
sendiri memang sangat mendera dan selalu berdepan duga. Namun di penghujungnya,
kau akan mengecap bahagia. Walau kau disisih dan dihina kerana tidak dimengerti
serta sering disalah anggap, namun di penghujungnya, kau adalah tetap manusia
yang bebas dan merdeka. Yang bergerak, berkata, berfikir dan bertindak hanya
kerana pilih dan inginmu sendiri.
Hidup dan menjadi
diri sendiri mengajar dirimu menjadi manusia yang hanya mempercayai kekuatannya
sendiri dan tidak ingin meminta-minta atau mengemis. Kerananya, kau rela tidak
memperoleh laba besar.
Kukatakan itu kerana
aku sudah memilih jalan sunyi dan tersisih ini sejak dulu. Aku tahu sakit perit
dan suka gembira dengan pilihku ini. Hanya aku sendiri. Kerana, ketika sedang
terhenyak dilanda kecewa dan dukacita, tiada sahabat dan sesiapa akan datang
menjelma dengan hati rela. Malah tidak juga kadang keluarga yang dekat.
Akhirnya, hanya kekuatan sendiri melawan segala galau jiwa dan kemampuan
bertahan agar tak mudah patah oleh segala dugaan.
Akhir Disember, 2014
@MARSLI NO kini
adalah penulis lepas dan sepenuh masa yang sering berpergian ke mana-mana
secara bersendirian, demi untuk merangsangkan daya kreatif dan kreativitinya.
Beliau bisa dihubungi lewat email marslino@yahoo.com
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan