Isnin, Julai 04, 2016
ARMAN SANI: MENULIS DAN TERUS MENULIS
PENGARANG asal dan kelahiran negeri Pahang ini setahu saya antara pengarang
yang sangat prolifik dan banyak karyanya yang telah diterbitkan oleh pelbagai
penerbit, termasuk oleh Dewan bahasa dan Pustaka (DBP).
Di sepanjang masa hidupnya, walau ARMAN SANI didakwa pernah bersama
menggerakkan sebuah persatuan penulis oleh seseorang yang kegemarannya mendakwa
penulis itu dan ini telah dilahirkan oleh persatuannya, namun seingat penulis,
tiada bukti sahih beliau benar-benar menyertai persatuan penulis tersebut selepas itu.
Tanpa peduli dirinya disukai atau tidak kerana tidak bersebokkan dirinya
dengan persatuan penulis, ARMAN SANI tetap menulis dan terus menulis hingga ke
akhir hayatnya. Sementara seorang yang sebok mendabik dada dan mendakwa ke
mana-mana betapa jika tanpa persatuan yang dia menjadi orang kuatnya maka si
penulis anu dan itu tidak akan lahir, hingga ke akhir hayat hidupnya tidak pun
memiliki sebarang buku yang benar-benar bererti atas nama dirinya peribadi.
Untuk itulah saya berasa malu dan memandang hormat kepada ARMAN SANI.
ARMAN SANI bagi saya adalah contoh penulis yang benar-benar mengerti dan
melaksanakan sebenar-benarnya makna kedirian seorang penulis: iaitu menulis dan
terus menulis.
ARMAN SANI juga membuktikan, tanpa bersebok dengan persatuan, dia tetap
mampu menulis dan terus menulis.
Julai 2, 2016
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan