Jumaat, Mac 18, 2016

BEBERAPA CUPLIKAN PERIBADI DARI MASA SUDAH #1


Mac 17, 2014:
Ada seseorang syorkan aku jangan asyik tulis hal politik tetapi tulislah pula soal akhirat. Patutnya syor itu dia ajukan ke dirinya sendiri dulu. Memang ramai manusia yang berasa dia lebih wali ketimbang orang lain. Patutlah negeriku semakin menjadi begini.

Mac 17, 2013:
Saya menangis. Tanpa air mata. Tanpa sendu. Tanpa isak. Mengenang negeriku yang diajak semakin menjadi keliru. Oleh politikus bejat berhati lembu.

Mac 17, 2013:
Proses kreatif adalah bercerita bagaimana sebuah karya ditulis. Didorong apa, bagaimana menulisnya dan apa duganya ketika menulis itu. Tidak peduli apa yg anda mahu kata dan sampaikan. Itu tidak perlu saya tahu sebab makna itu terserah saya menafsirkannya. Tetapi masih ada yang tidak begitu faham mengenai itu.

Mac 17, 2013:
Peringatan Kepada Diri: Saya belajar sesuatu semalam. Adalah tidak sopan menceritakan karya sendiri di majlis membicarakan karya orang lain.

Mac 15, 2015:
Isu filem Melayu berkisar sekitar seks, gangster, berebut jantan betina, hantu, orang kampung bodoh dan rempit saja ker.....

Mac 15, 2015:
Rasa tiap kali nonton filem dan drama Melayu rasa aku kah yang bodoh atau pembikinnya yang memang benar benar bodoh.

Mac 15, 2015:
kita hidup, bernafas dan berkarya bukan kerana apa yang orang lain hendak, minta, suruh dan cakap mengenai dan kepada diri kita. kecuali jika kita memang memilih hendak menjadi kerbau atau lembu yang dicucuk hidungnya.

Mac 15, 2013:
Demi negeriku, aku berdoa untuk sejahteramu. Dan dengan tulisku, aku hanya ingin menyatakan rusuh dan risau hatiku. Bukan kerana aku ingin menjadi politikus atau sama merebutkan kerusi seperti citamu itu.

Mac 15, 2013:
Atas nama politik kenapa kita saling beradu dan berkelahi. Bukankah sesama Islam? Atau Islam mereka lebih murni ketimbang saya? Atau politik mereka lebih tulus ketimbang fahaman politik saya?

Mac 15, 2013:
Peringatan kepada diri (1)
Mantapkan dulu peribadi kepengarangan dan wajah kepenulisanmu, selepas itu baharulah kau bisa menulis apa sahaja seenaknya. Supaya jelas dahulu siapa dan berada di mana diri pengarangmu. Ingat kisah sifu mabok?

Tiada ulasan: