Isnin, Februari 13, 2017

BAKAT, PENILAI DAN MARUAH

Catatan MARSLI N.O

Bila pengadil atau penilai dalam satu sayembara, uji bakat atau rumah penerbitan kata kau tak ada bakat, tidak boleh menyanyi atau tidak pandai mengarang atau karya kau tidak layak terbitkan, tidak perlulah kau nak menangis meratap merayu simpati mereka sehingga boleh memalukan dan menjatuhkan maruah diri kau sendiri. 

Sebaiknya, jika perlu pergi, pergilah secara bermaruah, tanpa merayu dan meminta apa-apa daripada orang lain atau menceritakan kisah sedih tentang kesusahan dirimu dengan harapan akan ada orang seperti mereka atau orang yang lain akan bersimpati dan kemudian memberikan kau peluang kedua.

Sama sekali jangan dan tidak perlu kau melakukan semua kebodohan itu.

Keluarlah dari dari rasa kecewa itu dengan jiwa besar dan berani. Tidak perlu meratap atau menyesal segala yang sudah terjadi. Bangkit dan teruslah berusaha untuk memperbaiki kekurangan dirimu sendiri dan tak perlu perbodohkan dan memalukan dirimu menjadi pengemis simpati atau meminta-minta walau dari siapa pun.

Ingat. Jadilah manusia mandiri. Yakin dan percaya dengan kekuatan dirimu sendiri. Penting juga, ketahui dan kenali di mana kelemahan serta kekuatan dirimu sendiri.

Jangan sekali-kali meminta dan mengemis simpati daripada siapa pun. Sama sekali jangan.

Februari 5, 2017

Tiada ulasan: