Khamis, Januari 26, 2017
DUA NOTA KECIL
1
MENULIS
ADALAH
Berkali2 saya katakan.
Menulis adalah kekuatan di dalam
diri. Tetapi anda mencarinya di luar diri. Berpaut terhadap bayang bayang orang
yang belum pasti benar dan tulus. Anda kelihatan suka begitu. Dan kemudian,
bila ditegor dan dinasihati, anda kata anda terluka kerana saya memperli dan
mempermainkan anda.
Jika demikian, silakanlah dengan
pilihan hidup anda. Kerana saya, bukanlah sesiapa untuk mencampuri urusan hidup
peribadi dan kepenulisan anda.
Januari 21, 2016
2
TUGAS
PENULIS
Awak tahu dan faham sangatkah tugas
dan peranan sebenar penulis?
Hebatnya awak bila awak katakan tugas
penulis adalah menulis karya yang boleh menarik minat pembaca dan bukannya
memaksa pembaca minat kepada karyanya. Jadi
kalau begitu, jika pembaca minat membaca cerita a la a la Hindustan yang membuai-buai perasan, menari
berguling-guling atas rumput maka penulis pun kenalah tulis cerita-cerita
begitu?
Atau kalau pembaca sukakan karya-karya yang ada banyak kata-kata cinta, ombak dan rindu-rinduan, yang ada adegan pelok-pelokan, cinta kasih sayang tidak berkesudahan dan kemudian cerita itu diolah pula menjadi karya filem atau sinetron tv, maka penulis pun kenalah beramai-ramai menulis karya yang demikian? Begitukah menurut awak?
Kepala hotak awak. Tugas penulis
adalah membantu dan membimbing pemikiran pembaca, bukannya ikut sama terjun ke
lubuk bersama pembaca yang malas berfikir dan hanya mencari hiburan kosong dan melulu!
Nampak gayanya, cara awak berfikir
sebagai penulis jelas memperlihatkan sikap awak yang semata-mata mengejar
populariti, oplah jualan dan tidak peduli sangat soal inti karya awak.
Bagai awak, jumlah dan keseronokan
pembaca itu lebih penting, sementara soal pemikiran dan ilmu di dalam karya itu
tidak perlu diperhitungkan sangat!
Dengan cara dan sikap berfikir awak
yang sedemikian Itu, ternyatalah bagaimana awak melihat persoalan seni dan
sastera di dalam penulisan.
Kerana itulah, terus terang saya
katakan, beberapa tulisan awak yang telah disiar di beberapa penerbitan itu
bukan pun melayakkan awak untuk memberi nasihat dan petua kepada penulis lain.
Sepatutnya, awak nasihati dan
perbetulkan niat dan prinsip penulisan awak terlebih dahulu sebelum hendak
memberikan nasihat kepada penulis lain.
Januari 20, 2017
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan