Rabu, Mei 23, 2018

FAHAM


Tuan tuan di sana jangan risau. Saya faham sangat permainan dan sandiwara Tuan.  Sementara ada peluang dan ruang di situ manfaatkanlah sebaiknya.

Kalau perlu berlagak berhala berlagak lah sebagai berhala. Kalau tuan rasa kerana jawatan itu tuan berasa diri tuanlah penentu rezeki orang lain, silakanlah.

Jangan tuan tuan galau dan risau. Nama saya hendak meratap dan mengemis tentulah tidak sekali-kali.

Biarlah tuan tuan terus mabuk dan leka di sana. Sehingga nanti, tuan tuan pun nanti menjadi patung tanpa nyawa di sana.

Mei 22, 2018

Tiada ulasan: