Jumaat, Ogos 02, 2019
PESANAN BUKU SECARA ONLINE
BERTAHUN aku beli buku secara online.
Aku wassap penjual tanya berapa harga dan campur kos pos dan
nak bayar ke akaun mana.
Penjual buku jawab. Beritahu berapa RM perlu bayar dan aku
perlu masukkan bayaran ke akaun mana.
Aku masukkan bayaran ke akaun bank yang diberikan penjual
buku. Lepas itu aku snap foto slip bank dan Wassap kan ke penjual buku bersama
alamatku untuk kiriman buku yang aku pesan.
Esok nya, penjual buku Wassap kan nombor tracker kurier atau
pos laju yang menguruskan kiriman buku kepadaku. Melalui nombor itu, aku boleh
semak kemajuan atau sudah berada di pusat mana buku yang kupesan itu.
Selang 1.5 hari atau 2 hari, buku yang aku pesan itu selamat
aku terima.
Syaratnya, mesti ada yang menunggu ketibaan kiriman itu di
ruang tamu rumahku. Biasanya sekitar jam 2.00 hingga ke 3.00 petang van kurier
tersebut akan tiba. Jika tiada yang menunggu, atau tiada yang mendengar hon van
kurier tersebut, selepas beberapa minit mereka akan tinggalkan nota pesanan di
dalam peti surat rumahku, meminta aku datang menuntut kurier ku di pusat kurier
yang mereka tetapkan.
Itulah kebiasaannya dan bagi aku semua ini berlangsung tanpa
sebarang masalah.
Tapi pagi ini, aku mengirim email ingin memesan sejumlah
buku dari satu penerbit besar. Namun jawab yang kuterima sungguh di luar dugaku.
Aku katakan begitu kerana yang aku tanya tidak mereka jawab,
malah mereka pula yang kembali bertanyakan aku.
Timbul persoalan di benak aku. Untuk apa pula mereka minta
nama penuh dan alamat aku. Patutnya mereka jawab saja soalan aku. Harganya
sekian dan bayaran nya perlu aku masukkan ke nombor akaun bank sekian-sekian.
Susah sangatkah hendak jawab soalan yang aku emailkan itu?
Atau memang dasar mereka tidak mahu mendedahkan nombor akaun bank mereka kepada
publik, walau pun untuk urusan jual beli secara atas talian?
Ya, Allah. Susahnya hendak beli buku secara atas talian
dengan mereka ini!
1 Ogos 2019
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan