Jumaat, November 22, 2019

DARI WAKTU SUDAH: AKU MEMANG MEMILIH SENDIRI



SENDIRI aku mengenang masa yang sudah berlalu. Sekedar memperingatkan diri untuk menerima segalanya dengan dada sedia dan jiwa terbuka. 

Masing-masing punya pilihan. Ribut, guntur dan taufan mendatang. Aku tidak memilih pulang tetapi terus berjalan ke depan. Walau selalu terhalang namun aku tidak mudah dipatahkan.

Kerana setiap ketika dan waktu aku akan selalu melawan. Meski aku tidak menjulang. Namun itu bukan pun satu persoalan.


Yang penting aku tetap menjadi diriku sendiri. Tanpa perlu menjilat dan mengampu hanya untuk secuil peluang at.u sedikit kemudahan.

Pergilah. Kerana aku memang sudah lama memilih berjalan sendiri dan menyendiri.

22 November 2019









Tiada ulasan: