Isnin, Mei 18, 2020

MEMAKLUM DAN MENAFIKAN


DJAZLAM Zainal yang menulis mengenai buku saya MERANGKAI KISAH MERENDA KATA, di portal ulasan buku di bawah ITBM, antara lain menyebutkan: "Beliau juga seorang deklamator (...). Namun beliau tidak pernah menyertai Sayembara Deklamasi Puisi Hari Kebangsaan yang diadakan saban tahun. Sebaliknya, anak didiknya selalu menjuarainya. Antaranya, Amuruszati Noor Rahim, Aflieza Arshad dan lain-lain."

Saya ingin memaklumkan di sini. Sebagai manusia yang ingin selalu bebas serta merdeka, saya tidak pernah berasa punya anak didik di mana-mana pun. Bagi saya, walau siapa pun dia, kejayaan mereka sebagai apa pun adalah berkat usaha dan kegigihan masing-masing individu dan tiada kena mengena dengan diri atau didikan saya.

18.5.2020

Tiada ulasan: