Selasa, November 10, 2009

BEBERAPA FIKSI MINI

KAWANAN SERIGALA

KAWANAN dahulu sudah semakin renta dan pikun. Kini mereka yang lebih muda dan tangkas menjadi kawanan baru. Dan serigala tetaplah serigala. Walau apa pun bentuk dan rupa. Bezanya, di hujung nama setiap mereka berakhir dengan gelar.

November 9, 2009



ISTERI MITHALI

SETIAP bertemu dan berbual, rungutan tidak bahagia dan kesalkan suami yang malas berkerja mencari nafkah itulah sering terdengar dari bibir dia.

Setelah beberapa tahun tidak bertemu, khabar terbaru didengar dia telah melahirkan seorang bayi.

Memang dia isteri mithali.

November 3, 2009



KEKASIH

INI nomor terbaru milikku. Dia menongol di monitor telefon milikku. Kulihat ada kembang terselit di rambutnya. Aku kangen, bila kita akan bercinta lagi? Tanyanya. Menggoda.

Tanpa silu dia satu demi satu melucutkan pakaian. Dan kelihatanlah segala miliknya.

Aku tahu segalanya palsu.

November 8, 2009

4 ulasan:

Lily Abdullah berkata...

Salam Encik,

Alangkah 'comel'nya jika ada penerbit yang mahu menerbitkan fiksimini sebegini. Setakat ini, saya cuma melihat hanya SangFrued di bawah Encik Sufian Abas yang melakukannya.

Fiksimini kadang membawa mesej yang padat berbanding dengan sebuah novel yang ditulis berdepa-depa panjangnya.

Fiksimini juga boleh dipanjangkan menjadi cepen atau ideanya digarap membentuk sebuah novel.

:)

Terima kasih untuk fiksimini yang menghiburkan.

MARSLI N.O berkata...

Setiap genre hanyalah pengulangan. Seingat saya fiksi mini sudah bermula di era Othman Puteh, Anwar Ridhwan di tahun akhir 70an, 1980an. Dan tahun 1990an saya bersama beberapa teman mengaktifkannya di terbitan bawah tanah. Juga diterbitkan secara stensilan. Berikutnya tahun 2008 - 2009 ini muncul kelompok yang lebih muda mempopularkannya semula. Saya kira demi sejarah begitulah.

MARSLI N.O

dariana berkata...

berbeza dengan teka-teki dan cerita lucu yang kita temui di sesetengah sudut majalah, FIKSIMINI perlukan taakul lebih lama dari keduanya. teka-teki perlukan jawaban, cerita lucu meminta kita tersengih sendiri; FIKSIMINI menduga apa motif ia diperturunkan di situ!

Tahnih,gu!

MARSLI N.O berkata...

Sdr Dariana: Untuk dibaca dan kemudian dilupakan juga tidak apa-apa.