Khamis, Jun 14, 2012

BUKU BARU BERJUDUL "GUNTING"


SEBUAH buku baru saya berjudul GUNTING akan diterbitkan oleh Institut Terjemahan dan Buku Malaysia  (ITBM) sekitar Julai 2012 ini. Buku ini merupakan kumpulan cerpen terbaru saya yang ke enam selepas "Penipu"; "Biduan"; "Demi"; "Menanti Buraq"; dan "Politikus, Badut & Sebuah Cermin". GUNTING  memuatkan 12  cerpen saya yang ditulis sekitar tahun 2000 hingga 2011. Selain cerpen "Gunting", cerpen lain yang dimuatkan di dalam buku ini ialah "Bintang, Tamparlah Mukaku", "Menternak Hantu", "Peminat Hantu", "Pengembala Hantu", "Mencari Merdeka", "Mimpi Warga Pulau", "Hantu atau Penyair", "Keranamu, Sinta", "Syawal Nan Lucu", "Peah dan Kisah-Kisah Lain", "Kisah-Kisah di Negeri Angin". Manuskrip kumpulan cerpen ini saya serahkan sekitar Februari 2012 lalu ketika sesi taklimat dana penerbitan  anjuran PENA dengan kerjasama Institut Terjemahan dan Buku Malaysia  (ITBM). Kepada semua mereka di Institut Terjemahan dan Buku Malaysia  (ITBM) dan PENA, saya mengucapkan jutaan terima kasih atas bantuan dan kepada pembaca, silakan membeli karya yang asli.

Jun 14, 2012

7 ulasan:

Tetamu Istimewa berkata...

Salam, tahniah Tuan. Bagaimanakah untuk menerbitkan kumpulan cerpen dengan ITBM. Bolehkah tuan memberi tunjuk ajar kepada saya. Saya juga berhasrat untuk mengumpulkan cerpen-cerpen saya untuk dibukukan.

Rositah Ibrahim berkata...

tahniah!

imlan adabi berkata...

syabas... anda sentiasa di depan saya. saya bangga.. karyamu terus hadir... saya lebih fokus kepada kolum di berita harian. salam sahabatku

MARSLI N.O berkata...

Sdr Tetamu: Sila semak email Sdr. Sudah saya jawab sekadar mampu. Harap itu dapat sedikit membantu.

MARSLI N.O

MARSLI N.O berkata...

Sdr Rositah: Terima kasih atas ingatannya. Selamat terus berkarya buat Sdr. Saya menanti terbitnya.


MARSLI N.O

MARSLI N.O berkata...

Sdr Imlan: Kita masing-masing punya peranannya sendiri dan tak satu pun saling merendahkan yang lain. Selamat terus berkarya buat Sdr dan terima kasih atas ingatannya.

MARSLI N.O

imlan adabi berkata...

saya akan cari GUNTING