Jumaat, November 02, 2012

KEPADA BEBERAPA GURU

(untuk Rahman, Asmui, Rizuan dan Azmi)
 Sajak MARSLI N.O

Saya tidak lagi
menjadi perasa
yang terlalu berduka 

Kerana semakin belajar
menerima
dan tahu
hakikat manusia dan dunia

Terima kasih kalian
yang memberi saya
ruang untuk kembali
berkata

Ditengah segala riuh
dan heboh
kebohongan dan hipokrasi
mereka yang bernama manusia.

SBPI, Kuantan
Oktober 31, 2012


Tiada ulasan: