Jumaat, Ogos 09, 2013

HADIAH AIDILFITRI

MENCARI NUR*, merupakan kumpulan puisi saya yang keempat yang diterbitkan oleh penerbit mapan selepas "Hanya Kata", "Negeri Ini, Anak" dan "Kepada Angin Juga". Kumpulan puisi "Mencari Nur" yang diterbitkan oleh ITBM tahun 2013 ini memuatkan 60 puisi-puisi gelisah dan pencarian penuh rindu saya sebagai seorang manusia yang sangat menyedari hakikat kekedilan dirinya sendiri di depan Sang Khalik. 


Jika tiada aral melintang, buku ini akan berada di pasaran sekitar September 2013.  Kepada semua karyawan di ITBM, khususnya di Jabatan Buku, editor yang menangani naskhah sehingga memungkinkan penerbitan buku ini dan terutamanya Tuan Mohd Khair Ngadiron, Sdr Anuar Manshor dan Rozlan MN, saya mengucapkan jutaan terima kasih.

Tentu juga, sebagai seorang penulis yang hanya apa adanya, saya sangat mengharapkan sokongan para sahabat, kenalan jauh dan dekat, serta para pembaca untuk membeli, membaca dan sudi kiranya memberikan reaksi mereka terhadap buku puisi terbaru saya ini. Tanpa kalian, siapalah saya sebagai seorang penulis atau penyair. Terima kasih.

*Cover yang dipaparkan merupakan cadangan peribadi saya. Ianya berkemungkinan akan berubah bergantung kepada persetujuan atau pilihan mutakhir pihak atasan di ITBM.

Ogos 9, 2013

5 ulasan:

Tetamu Istimewa berkata...

Tahniah saya ucapkan. Ternyata Tuan Marsli N.O, seorang penulis mapan yang prolifik.

Seemamngnya saya akan dapatkan buku ini nanti. Teruja untuk menghadamnya.

Tetamu Istimewa berkata...

Saya pun nak cuba hantar juga. Tak tahulah sama ada puisi saya ini mempunyai sesuatu ataupun tidak memandangkan genre puisi bukanlah kemahiran saya.

Alhamdulillah, kumpulan cerpen remaja saya tempoh hari sudah menerbitkan bunga ceria (perkhabaran daripada kenalan editor ITBM), namun masih belum mendapat sebarang dokumen dan pengesahan secara rasmi lagi. Masih sabar menunggu.

MARSLI N.O berkata...

Sdr Tetamu Istimewa: Berusahalah tanpa jemu dan putus asa. Pasti akhirnya akan berhasil juga. Yang penting bertahan dan tidak mudah berasa dikalahkan. Selamat maju jaya buat Sdr yang rajin dan berbakat.
-MARSLI N.O

NASSURY IBRAHIM berkata...

Tahniah, semoga usaha terus diberkati Allah.

NASSURY IBRAHIM berkata...

Tahniah, semoga usaha tuan diberkati Allah sentiasa.