Ahad, Oktober 25, 2015
KENAPA MARSLI N.O
TAHUN
190-an, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim, Perak
menganjurkan satu seminar mengenai sasterawan Pahang di Kuantan. Kerana ada
urusan penting di luar kota, saya tidak menghadiri seminar ini.
Sebulan
selepas itu, di Kuala Lumpur, salah seorang pembentang kertas di seminar itu,
Abd Ghafar Ibrahim (AGI) memberitahu saya. Kata AGI, ketika beliau usai
bercakap mengenai Marsli N.O, seorang peserta seminar bertubuh kecil dan kursus
bangun bertanya. Kata AGI, peserta tersebut bertanya apa penting dan perlunya
Marsli N.O diikutserta dan diperkatakan di seminar yang
khusus membicarakan sumbangan dan peranan sasterawan di negeri Pahang itu.
Dengan hati sedikit bergetar, saya
tersenyum mendengar perkhabaran itu. Saya terkenangkan dalam diam, ketika itu,
betapa saya sudah hidup dan membesar di negeri Pahang sejak saya berusia 13
tahun dan malah hampir melupakan tanah asal kelahiran saya, iaitu Terengganu. Namun semua itu tidak pun saya sebutkan kepada
penyair AGI.
Dan
hari ini, sesudah kurang lebih 15 tahun selepas seminar itu, saya masih
menulis, berkarya dan beberapa buku saya telah diterbitkan. Tetapi peserta
bertubuh kecil dan kursus itu, yang dahulunya juga dengan bangganya saya lihat
di satu seminar di Port Dickson isytiharkan dirinya sebagai seorang jurulatih
budaya di kem PLKN, di mana kini? Sehingga kini, saya belum melihat dan bertemu
dengan apa-apa buku karyanya yang telah diterbitkan.
Saya
tahu dan sedar. Menjadi sasterawan yang ingin mandiri dan selalu menolak untuk
bersekongkol dengan banyak hal yang senewen memang akan selalu dianggap sombong
dan tak wajar diajak berkawan oleh mereka yang berasa berkepentingan. Apa lagi
jika soal negeri kelahiran turut dijadikan momokan.
Sejak
dulu hingga kini, saya tahu bagaimana sikap dan pandangan mereka di negeri ini
terhadap saya. Saya tidak pernah ingin bersedih kerananya. Sejak dulu, saya
memilih dunia ini di sini (sastera) kerana memang saya yang memilihnya dan
bukan kerana mereka atau sesiapa. Biarkanlah mereka. Apakah mahu berpakat dan
berkomplot sesama sendiri, misalnya, untuk membahagi dan mengagih anugerah
sesama mereka, suka hati merekalah. Malah, saya juga tidak begitu ingin menafikan
jika anda ada yang mengatakan saya sendiri sebenarnya yang bersikap agak sombong
dan menolak untuk berkawan dengan mereka!
Saya
sebenarnya tidak ingin terlalu mengambil peduli hal dan perbuatan mereka.
Kerana akhirnya, semua orang akan tahu dan dapat menilai. Siapa sebenarnya si
keparat dan pukimak di dalam sastera!
Dan
hidup mati saya di dunia ini, bukan mereka atau sesiapa yang menentukan.
Oktober
24, 2015
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
Tahniah bang! Teruskan perjuangan dalam dunia sastera. Usah kesah pandangan kolot sesetengah orang.
Catat Ulasan