Isnin, Oktober 31, 2016
WRITER’S BLOCK: PERCAKAPAN DENGAN SEORANG PENULIS NEGERI SELATAN
SDR sedang alami writer's block?
Sdr tulis tu kerana ditempah ke atau memang nak tulis sendiri?
Saya secara
peribadi tidak ambil kisah sangat pasal writer's block ni. Kalau rasa tidak
boleh tulis, saya tinggalkan dan pergi hiburkan hati. Saya memulai menulis
dengan perasaan. Jika perasaan rasa tidak selesa, saya tangguhkan dahulu dan
lakukan sesuatu untuk mengurangkan rasa tertekan di dalam diri.
Rasa saya,
tulislah apa yang kita selesa. Tak perlu nak jadikan diri macam orang lain.
Kita biarlah tetap menjadi diri kita sendiri.
Biarlah orang
lain tulis kisah hebat bagai. Tak ada salahnya tulis cerita kisah dalam
keluarga sendiri, kisah anak nak baca sajak, kisah anak nak naik motor besar.
Ingat tak? Aziz
Hj Abdullah asyik cerita kisah ayah dia dan Tok Ya je. Itu je dia asyik dok
ulang.
Rasa saya,
keghairahan nak jadi hebat macam orang lain mudah memerangkap kita membuang
jati diri kita sendiri. Itu bahaya.
Jadi tulislah
kisah-kisah yang Sdr suka dan betul-betul tahu. Tidak perlu tulis sesuatu
semata-mata kerana sdr rasa nak menyaingi seseorang atau mahu menjadi hebat
seperti dirinya. Tulislah macam biasa apa yang Sdr tulis sebelum ini.
Banyak cebisan
dalam novel Sdr boleh ditulis semula sebagai cerpen. Kalau tak percaya, cubalah
Sdr tulis. Hasilnya nanti pasti sangat mengejutkan Sdr.
Oktober 25, 2016
(C) MARSLI N.O dilahirkan di Estet
Bukit Pahang, Kerteh, Terengganu dan membesar serta mendewasa di Kuantan,
Pahang. Secara peribadi, demi untuk mendapatkan gugahan serta gerakan untuk
terus berkarya dan berkreatif, beliau sering berpergian secara bersendirian ke
mana-mana dengan motorsikalnya. Mulai April 2013, beliau diktiraf sebagai
Munsyi Dewan (Sastera) oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan