Rabu, Mei 30, 2018
NOSTALGIA KEMBARA SOLO MALAYA: RIDE HARI #3 12 MEI 2016 JELI - GRIK - SG PETANI - BUKIT KAYU HITAM - SG PETANI
Coretan MARSLI N.O
BERSENDIRIAN aku menunggang motor Jaguhku sejak awal pagi sekitar jam 7.30 dari Jeli.
Merentasi banjaran Titiwangsa, Grik, Baling, Sg Petani ke pos imigresen
Bukit Kayu Hitam. Aku tiba di pintu sempadan Bukit Kayu Hitam kurang lebih jam 3.00 petang.
Setelah berehat kurang lebih setengah jam, aku buat kerja gila berpatah balik
melalui jalan ke Kuala Perlis. Hendak di teruskan ke seberang sempadan,
punyalah bodoh passport antarabangsa kutinggalkan di rumah.
Tetapi kerana perkiraan perjalananku untuk hari berikutnya tidak
memungkinkan aku tiba ke Ipoh sebelum senja jika aku bermalam di Kuala Perlis,
meski sudah di jalan menuju Kuala Perlis, aku menukar haluan memasuki jalan
pintas ke Kodiang, Alor Setar dan memutuskan untuk bermalam di Sg Petani.
Aku tiba ke Sg Petani ketika senja semakin merangkak tua. Berhenti di
hadapan restoren KFC dan merakamkan foto berlatar belakang kan jam besar ini.
Di mata ku, Sg Petani sekitar sini tidak banyak berubah berbanding Sg Petani
yang kutandangi pada tahun 1981.
Lorong berhampiran setesen taksi dan round about kecil itu, yang ketika aku
tiba pada suatu Subuh di tahun 1981 melihat seorang lelaki tua Cina sedang
berolah tubuh, masih tetap ada.
Di kamar hotel murah yang ku sewa malam itu, aku kembali bernostalgia.
Tetapi keletihan menunggang motor sepanjang tadi siang, menewaskan aku untuk
untuk mencatatkan dan menulis lebih panjang.
Entah jam berapa aku terlelap, aku tidak pasti. Yang penting aku lelap
dengan lena kerana motorku di parkir di bawah tangga hotel dan pintunya
berkunci.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan