Khamis, Ogos 22, 2019
AKU BUKAN ANTI BAHASA INGGERIS
AKU bukan anti bahasa Inggeris. Di rumah aku, 3 anak aku
adalah pensyarah dan guru yang mengajar mata pelajaran Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa
Kedua.
Hanya manusia bodoh bangang sahaja yang akan memusuhi
bahasa Inggeris. Penguasaan bahasa Inggeris memang perlu.
Namun sampai hari ini aku masih tidak jumpa sebab dan
satu jawapan konkrit lagi munasabah bila ada pihak, tidak kisahlah menteri atau
siapa pun dia, yang memilih untuk meneruskan PPSMI atau DLP.
Budak tidak ke universiti pun tahu dan pandai cakap,
kalau hendak tingkatkan penguasaan serta kemahiran berbahasa Inggeris,
tingkatkan dan tambah waktu belajar bahasa ini dan bukannya dengan mengajarnya
melalui mata pelajaran sains dan matematik !
Tetapi itulah cara berfikir menteri kita yang cerdik
tetapi bodoh.
Banyak negara maju dunia, Perancis, Jerman, Jepun dan
Russia, sebagai contohnya, mengajar sains dan matematik dalam bahasa
Inggeriskah?
Yang pasti, para menteri dan politikus Melayu yang kini
bercokol di kerusi kuasa masing-masing, yang diraih mereka kerana undi para
pejuang bahasa dan para murba Melayu, telah mengkhianati janji dan sumpah
mereka kepada para pejuang bahasa dan murba Melayu.
Untuk itu, jangan menyesal atau berduka, jika pada PRU
15 nanti, para pengkhianat ini akan diturunkan dari kerusi masing-masing dengan
undi di tangan rakyat!
Tunggu dan lihat.
29.7.2019
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan