Jumaat, Jun 28, 2013
KENAL
INILAH dunia yang saya tahu dan kenal dan saya datang ke dunia ini hanya dengan niat untuk menulis, berkarya dan berusaha dengan sedikit kemampuan yang Allah berikan kepada saya, untuk memberi dan meninggalkan sesuatu yang berfaedah serta berguna kepada masyarakat.
Saya tidak tahu dengan pasti apakah saya memang sudah meninggalkan sesuatu itu. Kerana, saya hanya ingin terus menerus menulis dan berkarya menurut kemampuan yang saya ada dan soal yang selain itu biarlah masyarakat atau pembaca yang menilainya.
Walau semakin lama berada di dunia ini dan semakin saya dipanjati usia semakin banyak saya temui benda dan perkara yang menurut hemat saya yang dhaif ini tidak sepatutnya berlaku, namun saya memilih untuk tidak terlalu mahu ambil peduli atau berasa terganggu, sehingga mengganggu niat awal dan asal saya memasuki dunia ini.
Biarlah. Saya tetap ingin terus begini. Menulis dan berkarya menurut apa yang saya yakini benar.
Tidak mengapalah jika saya tidak memiliki gelar, misalnya: doktor, sarjana, atau sasterawan negara. Tidak mengapa dan itu sebenarnya bukan pun menjadi matlamat yang ingin saya kejar.
Apa lagi jika di depan mata saya sendiri saya melihat sebahagian mereka yang bergelar ini berbuat dan bertindak tidak sebagai layaknya gelar yang dia miliki.
Misalnya, wajarkah mereka yang bergelar ini saling berebutan dan menjatuhkan antara satu sama lain, menyebarkan fitnah dan mencemoh-cemoh sesama sendiri, dan lebih parah lagi, tidak bersedia untuk menerima pandangan berbeda orang lain semata-mata kerana berasa dengan gelar yang telah dia miliki betapa dia terlalu maha tahu dan terlalu maha pandai.
Inilah dunia yang saya tahu dan saya kenal. Dan kerana saya datang ke dunia ini hanya dengan niat untuk menulis, berkarya
dan berusaha dengan sedikit kemampuan yang Allah berikan kepada saya,
untuk memberi dan meninggalkan sesuatu yang berfaedah serta berguna
kepada masyarakat, maka saya memang memilih untuk tidak mahu mengambil peduli perbuatan-perbuatan yang bagi saya bejat dan munafik itu.
Biarkanlah mereka dengan dunia mereka dan saya akan tetap bersendiri menatap bulan dan menatap matahari. Walau betapa pun bulan dan matahari itu semakin dilitupi jerubu sejak beberapa hari ini!
Jun 28, 2013.
Rabu, Jun 26, 2013
TONGONG TAHAP GABAN
MEMANG tahap gaban tongongnya itu.
Kalau takat 15 orang yang hadir. Taraf dunia apanya.
Sudah-sudahlah buat benda yang merepek begitu. Kalau kau memang dasar muka tidak tahu malu. Janganlah kau hendak ajak orang lain pun sama jadi bodoh macam kau.
15 orang. Taraf dunia apanya? Tahi kucing.
Jun 26, 2013
Rabu, Jun 19, 2013
SOMBONG
TIDAK mengapa kalau tiada apa gerakan lagi di dalam hati saya untuk mengirim ke awak. Ini bukan soal lagi mengenai selera atau kesesuaian yang perlu saya patuhi. Dalam usia begini saya sudah memilih untuk menulis apa yang saya suka sahaja dan bukan kerana hendak penuhi kehendak orang-orang seperti awak supaya diterima dan disiar.
Itu zaman yang sudah lama berlalu atau hanya buat mereka yang kurang percaya dengan diri sendiri.
Dengan kesombongan yang awak berikan itu, demikianlah saya membalas dan menjawab. Saya peduli apa kalau awak, misalkanlah, pakai gelaran jenderalkah, sifukah, mentorkah. Peduli apa. Itu awak punya pasallah.
Saya menulis kerana mahu meraikan diri sendiri. Cuma itu. Mana saya ambil peduli awak suka atau tidak. Awak hendak siar atau tolak. Pun awak punya sukalah. Tugas saya menulis sudah selesai.
Kalau sampai ke tahap hendak mengikut-ikut apa yang awak hendak, minta maaflah.
Tidak mengapa kalau saya tidak kaya dan karya saya tidak menjadi best seller.
Minta maaflah.
Jun 19, 2013
Selasa, Jun 18, 2013
HEBATNYA AWAK, SI TOLOL
HEBATNYA awak kan?
Dengan segala yang awak pamer dan ceritakan itu. Memang hebatlah awak. Laramlah sebanyak mungkin apa yang awak ada. Lagilah bertambah nampak hebatnya awak.
Walau awak sebenarnya adalah si tolol yang mengulang-ulang dan kehilangan jejak diri.
Jun 18, 2013
Sabtu, Jun 01, 2013
MENERIMA
PENGALAMAN bekerja di sebuah pusat perawatan psikiatri beberapa tahun dahulu telah memungkin saya melihat dengan mata kepala sendiri perlakuan abnormal manusia ketika dalam keadaan di luar kontrol atau kawalan sedarnya sendiri.
Tetapi saya tidak melihat segala perlakuan mereka ini dengan mata penghukum atau menjatuhkan nilai begitu atau begini. Sebaliknya, selain memang atas tuntutan tugas, dengan mata seniman, saya melihat perilaku mereka ini sebagai suatu fenomena, gejala, tanda-tanda, untuk saya kembali menyedarkan diri sendiri dan lebih memahami perangai manusia yang mengaku diri mereka sihat dan walafiat di dunia nyata yang juga kononnya dikatakan bertamadun dan sihat itu.
Ternyata di dunia yang didakwa sebagai sihat dan penuh dengan manusia bertamadun itu sebenarnya sama sahaja dengan dunia di dalam pusat perawatan psikiatri. Yang berbeza, manusia yang mengaku dirinya sihat dan bertamadun di dunia nyata ini mempunyai kecerdikannya yang tersendiri untuk menyembunyikan keperibadian sebenar dirinya di dalaman yang bejat, busuk dan senewen dengan cara menyarung dan bertukar topeng mengikut waktu serta keperluan masing-masing.
Saya tahu kesimpulan yang saya simpulkan sendiri ini mungkin agak terlalu. Tetapi saya tetap yakin dan berpegang kepada kesimpulan itu kerana saya mengalami sendiri sebahagian besar peristiwa atau kejadian yang saya jadikan patokan itu.
Katalah saya paranoid atau terlalu sering berhalusinasi, saya tidak peduli. Pengalaman disakiti, digunjing dan dicerca, yang sebahagian besar watak dan pemain utamanya adalah manusia yang dijempoli banyak pengagumnya sebagai berilmu dan berintelek, yang sudah terlalu jenuh saya terima semakin menguatkan keyakinan saya mengenai kegilaan manusia yang konon diakui sihat dan hidup di dunia bertamadun itu.
Apa lagi kalau saya melihat dengan mata kepala sendiri bagaimana kalau yang abnormal itu pun sebahagiannya bertugas di pusat-pusat untuk memberikan kesihatan mental dan fizik kepada manusia, yang dengan segala tipu daya serta muslihat mahu menjatuhkan sesamanya demi kenaikan pangkat atau gred.
Secara peribadi saya sudah tidak begitu terlalu berasa disakiti lagi dengan segala perbuatan mereka. Kerana, semakin berusia saya juga semakin memahami perangai dan resam mereka yang bernama manusia. Dengan begitu, saya juga semakin berasa tidak perlu dan tidak ingin untuk bersedih memikirkan segala.
Saya tidak akan merubah keyakinan saya. Pengalaman disakiti dengan cerca, gunjing dan fitnah, sudah cukup banyak mengajar saya untuk bertahan dan mencarikan penawar untuk mengubat segala duka lara sendiri. Saya tidak lagi perlu misalnya untuk berasa hairan memikirkan kenapakah sesuatu yang tidak pernah saya ucapkan tidak semena-mena disebarluaskan konon sayalah yang telah mengucapkan.
Saya sedar, hidup dan mati saya bukan kerana cerca atau gunjing orang lain. Begitu juga dengan rezeki dan peluang. Saya tahu mereka yang bernama manusia hanyalah peminjam, namun bukan penentu. Kerana saya lebih percaya kepada Dia yang mencipta dan memberi. Mati dan hidup, atau rezeki saya, bukan manusia yang menjadi penentu. Saya meyakini itu.
Kerana itu jugalah saya menciptakan sajak ini. Rasa sakit dan terhina kerana gunjingan untuk sesuatu yang tidak pernah saya perbuat, atau cercaan, saya tawarkan dengan doa dan zikir kepada Dia Maha Pencipta. Saya tidak akan terlalu bersedih lagi kerana perbuatan bejat sesama manusia.
Marsli N.O
MENERIMA
Segala
yang cuba
mereka
sembunyikan
di
sebalik topeng
terdedah
dan terbuka juga
kebohongan,
hipokrasi
dan
ego manusia
dan
kerana sudah lama tahu
juga
belajar menerima
hakikat
dunia dan manusia
aku
tidak lagi menjadi
perasa
yang terlalu berduka
SBPI,
Kuantan
Oktober
31, 2012
Sumber siaran: Berita Harian, Ahad 25 November 2012
Jun 1, 2013
Kategori:
Proses Kreatif Marsli N.O
Rabu, Mei 29, 2013
Sajak MARSLI N.O
KEPADA YANG
BERNAMA
(untuk Guruku)
Kau
adalah
Insan
pemberi cahaya
Menghantar
tahu
Kepada
yang memerlu
Bernama
ilmu
Hatimu
adalah telaga sedia
Untuk
memberi
Segala
dengan
Jiwa
rela
Walau
aku muridmu
Yang
selalu bertengkar
Tetapi
kauasuh
Dengan
air sabar
Menjadi
aku manusia
Pencari
benar
Dan
bukan pengekor
Yang
taksub dan buta
Di
depan setiap segala
Kau
selalu ada
Di hati dan jiwa
Setiap
muridmu
Kuantan
Mei
13, 2013
Sumber siaran: Berita Harian, Ahad 26 Mei 2013
Jumaat, Mei 24, 2013
KENANGAN SEMINGGU DI MANILA
SEGALANYA
bermula
pada jam 3.30 petang, 22 Disember 1994. Ketika di pejabat, menerima panggilan
Zakaria Ariffin dari Dewan Bahasa dan Pustaka, yang menanyakan apakah
diri ini bersedia atau tidak jika dipilih untuk menghadiri sesuatu acara
sastera di luar negara - Second ASEAN Writer's Conference/Workshop (Poetry).
Tanpa banyak berfikir, walau pun menyedari bahasa internasional yang dikuasai tidak sebaik mana, diri segera menyanggupinya. Kenapa tidak? Peluang begini tidak wajar dilepaskan dan inilah waktunya untuk menguji kekuatan serta keberanian diri. Jangan hanya berani berkokok di tempat sendiri, cubalah pula bersilat di gelanggang luar. Dan yang penting, dengan berada di luar, diri berharap akan dapat belajar dan menimba sesuatu dari orang di daerah lain.
Tanpa banyak berfikir, walau pun menyedari bahasa internasional yang dikuasai tidak sebaik mana, diri segera menyanggupinya. Kenapa tidak? Peluang begini tidak wajar dilepaskan dan inilah waktunya untuk menguji kekuatan serta keberanian diri. Jangan hanya berani berkokok di tempat sendiri, cubalah pula bersilat di gelanggang luar. Dan yang penting, dengan berada di luar, diri berharap akan dapat belajar dan menimba sesuatu dari orang di daerah lain.
Kerana tekad ini
jugalah, maka diri bersedia menerima segalanya dengan dada terbuka dan tidak
mahu terlalu mengharapkan yang tidak-tidak. Yang penting, untuk belajar, diri
perlu menjadi pemerhati dan peneliti. Dan, dari Zaen Kasturi yang sebelumnya
telah menghadiri acara ini yang pertama kalinya diadakan di Pulau Pinang
bersama S.M Zakir, juga telah diri ini dapatkan beberapa gambaran ringkas
tentang telatah beberapa peserta yang pernah ditemuinya pada acara pertama tersebut.
Ketika mengunjunginya di DBP, Pak Shamsuddin Jaafar juga telah menitipkan pesan agar diri saling bekerjasama dengan teman-teman peserta lain dari Malaysia dan perlu sentiasa waspada dengan dokumen diri. Selain itu, Pak Shamsuddin juga menyampaikan maklumat-maklumat lain yang kukira sangat penting kuberikan perhatian sentiasa: 1) Berlepas pada 27 Januari 1995 dengan penerbangan MH 704 jam 9.30 pagi dan perlu berada di lapangan terbang 90 minit lebih awal. 2) Di Manila, acara berlangsung di Nikko Garden Hotel. Penginapan peserta juga di sana. Kos hotel tersebut USD 90.00 satu hari. 3) Wang poket diberikan penganjur sebanyak USD 100.00 satu hari. Ini termasuk bayaran untuk hotel dan makan harian. Jadi mesti berjimat dan tidak membazir untuk perkara yang tidak perlu.
Ketika mengunjunginya di DBP, Pak Shamsuddin Jaafar juga telah menitipkan pesan agar diri saling bekerjasama dengan teman-teman peserta lain dari Malaysia dan perlu sentiasa waspada dengan dokumen diri. Selain itu, Pak Shamsuddin juga menyampaikan maklumat-maklumat lain yang kukira sangat penting kuberikan perhatian sentiasa: 1) Berlepas pada 27 Januari 1995 dengan penerbangan MH 704 jam 9.30 pagi dan perlu berada di lapangan terbang 90 minit lebih awal. 2) Di Manila, acara berlangsung di Nikko Garden Hotel. Penginapan peserta juga di sana. Kos hotel tersebut USD 90.00 satu hari. 3) Wang poket diberikan penganjur sebanyak USD 100.00 satu hari. Ini termasuk bayaran untuk hotel dan makan harian. Jadi mesti berjimat dan tidak membazir untuk perkara yang tidak perlu.
Untuk tidak
terlalu jahil tentang sepak terajang dan tokoh-tokoh penyair di Filipina,
khususnya dari generasi lebih muda, bersama Rahimidin Zahari, diri
menye-longkar perpustakaan DBP untuk men- dapatkan maklumat. Dengan harapan,
dengan sedikit latar dan data pengetahuan yang ada, diri nanti tidak akan
terlalu buta bila perlu berinteraksi di luar acara formal dengan penyair tuan
rumah.
27 Januari 1995, meninggalkan lapangan terbang antarabangsa Subang kurang lebih jam 9.55 pagi. Sebelum berangkat, Haji Hamzah dan Pak Shamsuddin Jaafar mengiringkan dengan beberapa pesan terakhir. Tiba di lapangan terbang antarabangsa Ninou Aquino kurang lebih jam 1.14 petang. Terkial-kial mencari urusetia di Filipina yang katanya akan menunggu. Selepas hampir satu jam menunggu, akhirnya memutuskan untuk langsung ke tempat penginapan di Hotel Nikko Manila Garden di Makati. Lim Kim Hui membayar tambang vannya sebanyak 520 peso.
Di kaunter
pendaftaran hotel, namaku dan Rahimidin tidak terdaftar sebagai pesertarasmi
dari Malaysia, yang tercatat di sana nama Imlan Adabi dan Saibil Madun. Selaku
ketua delegasi dari Malaysia, Lim Kim Hui terpaksa bersungguh memperjelas dan
meyakinkan kepada petugas kaunternya bahawa aku dan Rahimidin Zahari adalah
peserta gantian, mungkin malangnya di pihak Malaysia, tidak siapa yang
memaklumkan hal itu kepada mereka di Filipina. Selepas hampir setengah jam Lim
menerang dan memperjelaskan kepada petugas di kaunter pendaftaran hotel
itu, baharulah aku dan Rahimidin didaftar dan berikan kamar. Terbeliak juga
bola mata bila melihat bilnya untuk bilik bersendirian sebanyak US $ 98.88
sehari. Permintaan Lim untuk berkongsi kamar disarankan oleh petugas lelaki di
kaunter yang kelihatan ramah itu agar diuruskan nanti dengan pihak urusetia.
Setelah setengah
jam berada di kamar, baru dihubungi oleh salah seorang urusetianya agar turun
kembali ke lobi kerana peserta dari beberapa negara lain sudah mulai tiba. Di
lobi bersalaman dengan Pak Taufik Ismail yang mengetuai delegasi dari Indonesia
bersama Agus R. Sarjono dan Acep Zamzam Noor, Asmin dari Singapura dan
seorang peserta dari Thailand.
Elsa Balibao dan
Jay Giovanni Bautista, Pegawai Protokol dari National Commission for Culture
and the Arts (NCCA) memberikan alasan kenapa tidak menanti di lapangan
terbang dan menyerahkan sampul berisikan wang sebanyak US $ 800 didharab dengan
24 (nilai peso bagi US $1) = 19,200.00 peso. Ditolak pula ongkos makan
tengahari sebanyak 3,507.00 peso berbaki 15,693.00 peso.
Untuk
menghematkan belanja, diri memilih untuk berkongsi kamar dengan peserta. Demi
Rahmidin, tanpa sebarang cikcok aku dengan rela mengalah dan memilih untuk
berkongsi kamar dengan peserta dari Thailand, Theerasart Phaineephinas
(Chekchon). Rahimidin Zahari yang mengaku lebih selesa dengan teman
sesama Malaysia berkongsi kamar dengan Lim Kim Hui. Inzura Haji Kosnin
pula dengan Abidah El Khalieqy dari Indonesia. Setiap kamar, memang tersedia
dua katil besar yang sangat selesa untuk ditiduri oleh dua orang dan kerana
itu, walau berkongsi kamar, diri dan teman kamarku punya atau tidur di katilnya
sendiri.
Namun setelah
semakin mendekati hari terakhir, baru diri perasan teman sekamarku dari
Thailand ini agak jarang tidur di kamar dan bila ditanyakan dia mengaku berbual
sehingga larut malam dan tidur di kamar peserta berbangsa China dari Singapura.
Kemudiannya, ketika suatu pagi dia memberitahu dia berasa takut bila mendengar
aku menjerit-jerit di dalam tidur lantaran gangguan mimpi yang menakutkan, aku
semakin mengerti kenapa dan apa puncanya dia agak jarang bermalam di kamarnya
sendiri. Mungkin dia berasa gerun dengan penampilanku yang saban hari memakai
seluar gerila dan malamnya pula ngeri mendengar pekikanku ketika tidur.
Selama seminggu
di Manila, apa sebenarnya yang diri ini temui dan pelajari? Kesan pertama,
hanya Malaysia dan Filipina selaku tuan rumah saja menghantar peserta di
bawah usia 40 tahun sebagaimana yang disyaratkan. Sedangkan Brunei Darussalam 2
pesertanya melebihi 40, demikian juga 2 peserta dari Thailand dan Indonesia
dengan Pak Taufik Ismail selaku ketua delegasi pasti saja usianya melebih 40.
Di segi
pembentangan kertas kerja yang mewakili negara, yang benar-benar melihat puisi
dalam hubungan dengan community hanya kertas Lim Kim Hui sedangkan dari negara
lain kelihatannya lebih cenderung membicarakan tentang sejarah dan perkembangan
puisi di negara masing-masing.
Agak terperanjat
juga diri bila di sesi brainstorming, yang merenggut hampir separuh hari acara,
mengesani betapa sebahagian besar peserta dalam sekelip mata bagaikan
menukarkan dirinya yang penyair kepada pembuat dasar atau orang-orang
birokrasi - yang berbicara dan sesekali bertelagah pendapat tentang judul yang
akan menjadi tajuk utama perbincangan sepanjang acara. Hebat sekali judulnya: The
Promotion of Poetry on a National and Regional Basis, Including Government and
Corporate Support, Formal Education, Media, Translation and the Establishment
of a Literary Network dengan turutannya yang lain on Development Issues
and Human Relationships dan on Poetry and Nature.
Dalam diam, diri
bertanya sendirian, perlu apakah sebanyak itu waktu dihabiskan untuk
mempersolkan soal sedemikian dan tidak pula langsung membicarakan soal-soal
yang lebih menjurus kepada soal dalaman untuk membangunkan jasad puisi itu
sendiri - agar masing-masing peserta menemukan dan dapat berkongsi kekuatan
dari inti dan khazanah puisi negara lain sekitar ASEAN - seperti yang diucapkan
oleh Pengarah Eksekutif NCCA, Carmen D. Padilla dalam ucapan pembukaannya yang
antara lain menyebutkan: "...learn from the literature and ASEAN neighboures"?
Untuk tidak
terlalu merasa dirugikan oleh keadaan diri sengaja mencari ruang untuk
mengenali dan belajar sesuatu di luar acara formal - waktu minum atau
berbual-bual di luar acara.
Dari peserta
Filipina, meski seakan sengaja mahu dinafikan oleh mereka, diri mengesani
betapa persoalan siapa yang mesti dinomborsatukan menjadi satu persoalan yang
agak panjang. Di mana, selain penyair yang menulis di dalam bahasa Inggeris,
penyair yang menulis dalam bahasa etniknya seperti Tagalog dan Bikol kelihatan
saling bertanding untuk dinomborsatukan.
Begitu juga
dengan Singapura. Dari ketua delegasinya, Simon S.C Tay, seorang peguam,
terdengar keluhan tentang akar yang sedang dicari, khususnya oleh beliau
peribadi yang menulis dalam bahasa Inggeris.
Selain soal identiti,
betapa penyair Filipina diri ini kesani sebenarnya tidaklah sebegitu untung
nasibnya berbanding dengan penyair di Malaysia. Romulo Pascual Baquiran, Jr.,
selaku ketua delegasinya mengakui buku-buku puisi penyair Filipina yang
diterbitkan untuk pertama kali dan seterusnya tidak melebih 500 naskhah dan
beliau kelihatan membeliakkan bola mata bila diberitahu betapa di Malaysia
penyair mudanya atau baru sekalipun paling sedikit buku puisinya yang
diterbitkan dicetak sekitar 1,000 naskhah. Ini belum lagi
dengan soal kumpulan penyair wanitanya yang gencar mahu menegakkan
kefeminismenya dan pengaruh kumpulan penyair gay.
Berbeza pula
dengan Thailand. Menurut Chekchon, pemuda penyair dari Thailand yang juga
merupakan seorang penuntut dari Akedami Perfileman Moscow, yang telah
menerbitkan 6 buku puisi, 1 novel dan 1 kumpulan cerita pendek, menjelaskan betapa dengan menulis dalam
bahasa ibundanya karya-karya beliau dan lain-lain penulis di Thailand mendapat
sambutan hangat. di kalangan masyarakat, khususnya remaja. Dengan begitu,
menurut Chekchon, penyair atau pengarang
di Thailand boleh hidup dengan penerbitan hasil karyanya. Ketika ditanyakan bagaimana Thailand dapat
membina minat membaca khususnya terhadap karya sastera dalam bahasa ibundanya
yang tinggi di kalangan rakyatnya,
penyair muda ini antara lain mengatakan hal ini berlaku kerana tradisi
membaca dan cintakan buku yang ditanamkan sejak kecil lagi di kalangan
masyarakat Thailand dan didokongi pula oleh ongkos cetaknya yang agak
murah.
Soal atau masalah
merasa kehilangan akar, konflik identiti seperti yang didepani oleh penyair di
Filipina sebaliknya tidak menjadi atau timbul sebagai masalah bagi negara yang
memiliki bahasa pengantar utama dan nasionalnya seperti Malaysia, Indonesia dan
Brunei Darussalam. Dan ini diakui
sendiri oleh Pak Taufik Ismail, sewaktu berbual dengan beliau semasa
minum. "Kita beruntung ya kerana tidak menghadapai masalah seperti
mereka," kata Pak Taufik dengan wajah ceria.
Kerana itu
jugalah, kepada teman penyair dari Filipina diri katakan kenapa tidak
segala unsur dan khazanah taradisi dari etnik-etnik itu digabungkan menjadi
satu bentuk penciptaan puisi yang tidak semata-mata berkiblatkan teori
perpuisian yang diwarisi dari barat. Dan agak menghairankan juga bila teman penyair
ini mengatakan betapa dalam menghasilkan puisi beliau selalu mempertimbangkan
soal rima dan ritma puisinya sedangkan menurut diri ini tidak lagi begitu
dipedulikan lagi oleh penyair generasi baru di Malaysia, kerana yang dicari
adalah kebebasan untuk berkreativiti dan berusaha menghasilkan sesuatu yang
lebih ke depan dari yang sedia ada -- dengan unsur-unsur tradisi diserapkan
sebagai terasnya sahaja.
Mungkin kerana
merasakan lebih mudah berinteraksi sesama bangsa serumpun, waktu malam yang
senggang lebih banyak diisi bersama Acep Zamazam Noor dan Agus R. Sarjono dan
sesekali berbual agak panjang dengan Ampuan Haji Brahim Ampuan Haji Tengah dari
Brunei Darussalam.
Agus R. Sarjono,
pengajar Jurusan Teater di ASTI Bandung datang bersama kumpulan puisi pertamanya
Kenduri Air Mata sementara Acep datang dengan sebahagian puisinya
yang akan diterbitkan dalam kumpulan Sejumlah Tempat dan Nama-Nama .
Sebagai anak pesantren, Acep membentangkan kertas pendek berjudul Pesantren,
Santri dan Puisi yang antara lain membicarakan tentang pesantren
sebagai tempat bermulanya alam kepenyairan dari kalangan para santri.
Ampuan Haji
Brahim pula, sebagai pensyarah di Universiti Brunei Darussalam, selain menulis
puisi juga mengarang novel. Dua novel beliau yang telah diterbitkan oleh Dewan
Bahasa dan Pustaka Brunei ialah Mangsa (1990) dan Pamor (1993).
Tidak hanya
berduskusi di sepanjang siangnya, di malam keempat, bertempat di Hotel
Mandarin, peserta menghadiri makan malam yang ditaja oleh penerbit akhbar
Manila Bulletin. Ada acara baca sajak. Diri tampil membacakan sebuah sajak
panjang, yang memang ketika di tanah air dengan sengaja ditulis dan dibaca di
beberapa acara dengan niat mahu menyindir mereka yang menyambut malam ulang
tahun kemerdekaan negaranya hanya dengan konsert nyanyian, pesta hiburan dan
majlis tari menari. Judul sajak ini “Di Malam Menjelang Merdeka Ini, Aku Tidak Ingin Menjadi Monyet”.
Memang sajak itu ditulis khusus untuk dibacakan di pentas dan dengan begitu juga diri sangat memperhitungkan unsur-unsur dramatik di dalamnya, kerana itu jugalah, diri tidak begitu sangat terasa hati, berasa meluat atau terlalu ambil peduli bila pengacaranya, seorang penyair muda tuan rumah yang mengaku dirinya gay mengatakan apa yang diri bacakan itu bukanlah puisi tetapi sesuatu yang teaterikal. Malah, ketika pemuda penyair yang menjadi pengacara majlis ini di akhir acara membacakan sebuah puisinya yang jelas berbau gay, yang antara lain menyebut “bola” dan “telur” yang disambut dengan cemuhan sebagai “geli” dengan gelengan kepala oleh penyair Singapura, Asmin, saat itulah rasa meluat di dalam diriku kepada pemuda pengacara yang gay itu menjadi membara.
Memang sajak itu ditulis khusus untuk dibacakan di pentas dan dengan begitu juga diri sangat memperhitungkan unsur-unsur dramatik di dalamnya, kerana itu jugalah, diri tidak begitu sangat terasa hati, berasa meluat atau terlalu ambil peduli bila pengacaranya, seorang penyair muda tuan rumah yang mengaku dirinya gay mengatakan apa yang diri bacakan itu bukanlah puisi tetapi sesuatu yang teaterikal. Malah, ketika pemuda penyair yang menjadi pengacara majlis ini di akhir acara membacakan sebuah puisinya yang jelas berbau gay, yang antara lain menyebut “bola” dan “telur” yang disambut dengan cemuhan sebagai “geli” dengan gelengan kepala oleh penyair Singapura, Asmin, saat itulah rasa meluat di dalam diriku kepada pemuda pengacara yang gay itu menjadi membara.
Di malam
terakhir pula, bertempat di sebuah bungalow peranginan milik seorang pengusaha
restoren di Tagaytay juga demikian, ada acara lawatan dan jamuan yang disponsor
oleh Anvil Publishing. Di sana diri hanya membacakan sebuah sajak pendek “Kata
Tidak”. Dan diri juga, ketika acara baca sajak ini, entah kenapa terasa agak
gelisah dan kurang selesa tatkala terperasan melihat bagaimana tatapan mata Elsa Balibao yang begitu menonong kepada Asmin yang membacakan sebuah sajaknya
dengan gaya mantera. Dalam ucapan aluan serta pengenalannya, wakil Anvil
Publishing, Karina A. Bolasco memperjelaskan antara lain bahawa Anvil Publishing
tidak saja selaku penerbit tetapi juga memiliki 20 buah kedai buku dengan nama National
Book Store di seluruh Filipina. Karina juga mengakui, kebanyakan buku puisi
penyair Filipina, meski kos cetaknya agak mahal, tetap diterbitkan juga, namun sekitar 500 naskhah saja.
Usai acara baca sajak, di meja makan, aku duduk di samping Pak Taufik Ismail yang itulah kali petama diri melihat bacaan sajak "Indonesiaku" oleh Pak Taufik secara real. Sebelum ini berita atau kisah pembacaan sajaknya itu hanya kubaca di majalah Horison. Kepada Pak Taufik kuberitahu ini dan kukatakan juga aku suka dengan cara dan gaya bacaannya itu. Pak Taufik pula membalas dengan mengatakan, "Kamu punya identiti sendiri, ya?" Dan aku lantas membalas dengan mengatakan, "Kerana itulah, Pak Taufik, aku kurang disenangi di negeriku sendiri."
Usai acara baca sajak, di meja makan, aku duduk di samping Pak Taufik Ismail yang itulah kali petama diri melihat bacaan sajak "Indonesiaku" oleh Pak Taufik secara real. Sebelum ini berita atau kisah pembacaan sajaknya itu hanya kubaca di majalah Horison. Kepada Pak Taufik kuberitahu ini dan kukatakan juga aku suka dengan cara dan gaya bacaannya itu. Pak Taufik pula membalas dengan mengatakan, "Kamu punya identiti sendiri, ya?" Dan aku lantas membalas dengan mengatakan, "Kerana itulah, Pak Taufik, aku kurang disenangi di negeriku sendiri."
Sepanjang di
sana, meski mulai hari kedua tubuh ini diserang demam dan selsema, namun semangat
kreatif dan ilham puisi terasa begitu membara dan berkobar. Diri memang pada
mulanya berasa agak terkejut dan hairan, namun terkejut dan hairan itu diri manfaatkan
agar tidak menjadi sia-sia dengan cara mencatat dan menuliskan apa sahaja
ilham yang datang ke kertas. Sebahagiannya dirasakan memang langsung menjadi
puisi dan sebahagian yang lain adalah catatan-catatan yang ketika kembali ke
tanah air dilanjut dan diperbaiki agar menjadi puisi yang lebih baik dan utuh.
Seluruh ilham dan sajak itu kemudiannya dikumpul dan muatkan di bahagian Kepada
Angin Juga di dalam kumpulan sajakku dengan judul yang sama, yang diterbitkan
oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 2008. Memang, sebelum mengirimkan
manuskrip kumpulan sajak ini untuk pertimbangan penerbitan di sana, sejak tahun
1995 hingga tahun 2005, deraf sajak-sajak ini yang kurapikan di dalam sebuah
buku khas, kubawa ke mana sahaja aku pergi dan bergerak dan selalu pula aku
mengeditnya di mana yang kurasakan perlu.
Kukira, teknik
pemerhatian, fokus dan penghayatan yang
kupelajari dari praktik-praktik teaterku ketika di tanah air sangat membantu
daya peka persepsi dan sensitivitiku sepanjang di sini. Pada sisi yang lain
juga, niat dan tekad yang diri tanamkan sebelum berangkat untuk meletakkan diri sebagai pemerhati dan
peneliti itu mungkin turut menjadi sensitiviti dan persepsi diri terbuka luas
dan bersedia menerima serta merakamkan apa sahaja yang dilihat, didengar atau
dibaca.
Ketika bertembung dengan seorang perempuan membetul-betulkan mini skirtnyua di dalam lift dan hasil gabungan memperhatikan seorang wanita yang seolah-olah sedang menantikan seseorang di coffe house di lobi hotel misalnya, aku menuliskan puisi ini:
Dia
Menunggu
dia
menunggu
sambil
membiarkan luka dari petikan piano
mendendangkan
lagu demi lagu dari sukmanya
dia
tahu betapa sepi tak terbius oleh gogokan bir
apa
lagi kehangatan di ranjang
kerana
masa lalunya yang telah parah
tetap
seperti laut yang beriak
dan
dia menunggu
tetapi
bukan seseorang.
Nikko
Garden Hotel Lounge, Manila
Nancy
(perempuan
di lobi hotel)
kini
tanpa lelaki
dia
berbaring
sambil
menggumamkan sunyi
dalam
kenangnya
dan
dia tahu
sepinya
tidak dapat dibiuskan dengan gogokan bir
atau
berkali-kali menjaja cinta.
Mandarin
Hotel, Manila
Atau ketika
bersama Acep, Agus, Lim dan Rahimidin diiringi Jay Giovanni Bautista berjalan
ke Emrita Street, melawat monumen
kemerdekaan Filipina dan hati tersentuh ketika melihat di trotoar: seorang
wanita sedang mendodoikan bayi dan di sampingnya seorang lelaki sedang
berbaring keletihan. Sedangkan di seberang jalan, di dalam sebuah retoren ramai pelanggannya sedang menikmati juadah
dan hidangan. Atau suatu senja, ketika sedang berehat melepaskan letih setelah
berputar sekitar kawasan perniagaan Makati
bersama Acep, Agus, Lim dan
Rahimidin, didatangi seorang anak perempuan sekitar usia lapan tahun, yang
walau pun pengemis tetapi sangat tahu menjaga maruah dirinya saat menerima air
minuman daripada Agus R Sarjono, dengan cara menterbalikkan kedudukan penyedut
minuman bekas hirupan Agus ke bawah dan menghirup semula di bahagian penyedut
yang tidak terkena bibir Agus.
Kesan dan
sentuhan perasaan ini juga menelorkan beberapa puisi yang juga kemudiannya diri
dikumpul dan muatkan di bahagian Kepada Angin Juga di dalam kumpulan sajak
dengan judul yang sama, yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada
tahun 2008. Antaranya:
Emrita
“hidup
ini medan laga aku mengerti,” begitu kata sebuah tubuh
ketika
malam kian melemparkan dingin dari bibir sumbingnya
dan
sebuah kiosk memicingkan kelopak matanya
menahan
gementar
seperti
ibu yang pengasih
kau
menidurkan mereka dengan ninabobok
dan
kembang yang kaupungut di suatu pojok
sudah
tak keruan warnanya.
Emrita Street,
Manila.
Demikianlah yang
ditemui oleh diri selama seminggu di Manila. Bersama Lim Kim Hui, Rahimidin
Zahari dan Inzura Haji Kosnin. Dan kalau ada yang terasakan agak
menjengkelkan di hati hanya ini: ucapan salah seorang penyair Filipina (yang
mengaku dirinya seorang gay) yang mengatakan sastera di ASEAN akan bertambah
maju kalau ditrajui oleh seniman-seniman gay dan keduanya khabar yang diri ini
dengar dari penyair wanita Filipina bahawa sebahagian besar peserta dari
Filipina adalah gay!
Namun, gay atau
apa pun, secara peribadi diri sejak mula, datang ke Manila hanya kerana puisi
semata-mata. Dan inilah yang diri katakan di depan dua penyair tuan rumah yang
merungut tidak puas kerana berasa diri mereka dianaktirikan oleh negaranya
sendiri ketika bersarapan di hari terakhir.
“I’m come here
for poetry, not for politics or others.”
Dua penyair
Filipina itu, lelaki dan perempuan, merenungku dengan mata terbeliak dan saling
bertukar pandangan.
Buat diri,
urusan politik dan selebihnya serahkan sahaja kepada mereka yang bukan penyair!
@MARSLI N.O
Langgan:
Catatan (Atom)




