Isnin, Oktober 30, 2017
ANJING, BABI DAN PARA SESUMPAH
Sebuah cerita pendek MARSLI N.O
1
SEMUA mereka adalah kawan-kawan pada
mulanya. Tetapi kemudian perubahan mula
kelihatan. Sedikit demi sedikit. Entah kerana apa. Segala akrab berubah menjadi
sengketa. Menjadi penyebar fitnah, berlagak tidak kenal atau sundal
gedik.
Senyum dibalas dengan palingan wajah. Sapa dan ucap salam
dibalas dengan diam. Lama kelamaan, wajah manusia mereka di mataku, kian
berubah menjadi wajah haiwan.
Menjadi anjing, babi, ungka, siamang, biawak, buaya, ular atau
sesumpah
November 15, 2017
Kategori:
2017: Cerpen Marsli N.O
Selasa, September 05, 2017
BERTUANKAN LEMBU CELAKAHLAH JUA AKAN DIRIMU
Cerita pendek MARSLI N.O
SEKARANG kau tengoklah sudah apa yang jadi dengan keadaan begini. Tidak usahlah hendak melalak meraung atau mengatakan segala kesal lagi di dalam hati tatkala segala yang terjadi begini kerana itu bukankah pilihan kau sendiri?
SEKARANG kau tengoklah sudah apa yang jadi dengan keadaan begini. Tidak usahlah hendak melalak meraung atau mengatakan segala kesal lagi di dalam hati tatkala segala yang terjadi begini kerana itu bukankah pilihan kau sendiri?
Ya, sudah lupakah bagaimana dengan segala rela dan percaya kau dahululah yang memilih untuk bertuankan lembu?
Jangan kau marah atau menuduh aku berkata-kata ini terlalu kurang ajar dan celupar kerana segalanya sudah terbukti jelas di depan mata kau dan aku seperti itu. Seperti kata pepatah kalaupun menangis melahu-lahu sehingga keluar segala air mata dan sehinggakan bercampur dengan darah, apa yang berlaku tetaplah sudah pun berlaku dan begitu-begitu juga.
Tidak ada lagi guna kesal dan sedih kerana segala. Itulah sudah akhir dan akibah jika demikian memilihnya menjadikan tuan hanyalah seekor lembu.
Walau seekor lembu yang boleh berkata seperti layaknya seorang manusia. Tetapi apalah istimewanya dia kerana lembu tetaplah lembu.
Tetapi terpulanglah kepada kau hendak percaya atau tidak kerana aku berkata apa yang aku rasa perlu aku kata.
Tidaklah lembu apa lagi namanya kalau sebongkah besi sebegitu besar pun boleh terlepas terjual ke tangan asing dan kemudian berlagak bongok seperti lembu kenyang seperti tidak pernah terjadi suatu apa pun kejadian.
Atau kalau tidak pun dalam soal letak meletak harga itu juga tidak boleh diharap menjadi payung dan tempat segala jelata menyandarkan harapan. Memang lah bosan dan mual kalau setiap kali diberi dalih konon kerana seantero dunia harga melambung maka di sini juga perlulah sama dilambungkan harganya.
Itulah namanya lembu. Walau bijak dan pandai mengucap segala kata, tetapi seekor lembu tetaplah seekor lembu jua.
Dan ketika kau memilih akan dia menjadi tuan dan pendahulu untuk segala urusan dirimu, maka itulah namanya celaka akan segala yang menimpa jua dirimu!
Januari 3, 2010
Jangan kau marah atau menuduh aku berkata-kata ini terlalu kurang ajar dan celupar kerana segalanya sudah terbukti jelas di depan mata kau dan aku seperti itu. Seperti kata pepatah kalaupun menangis melahu-lahu sehingga keluar segala air mata dan sehinggakan bercampur dengan darah, apa yang berlaku tetaplah sudah pun berlaku dan begitu-begitu juga.
Tidak ada lagi guna kesal dan sedih kerana segala. Itulah sudah akhir dan akibah jika demikian memilihnya menjadikan tuan hanyalah seekor lembu.
Walau seekor lembu yang boleh berkata seperti layaknya seorang manusia. Tetapi apalah istimewanya dia kerana lembu tetaplah lembu.
Tetapi terpulanglah kepada kau hendak percaya atau tidak kerana aku berkata apa yang aku rasa perlu aku kata.
Tidaklah lembu apa lagi namanya kalau sebongkah besi sebegitu besar pun boleh terlepas terjual ke tangan asing dan kemudian berlagak bongok seperti lembu kenyang seperti tidak pernah terjadi suatu apa pun kejadian.
Atau kalau tidak pun dalam soal letak meletak harga itu juga tidak boleh diharap menjadi payung dan tempat segala jelata menyandarkan harapan. Memang lah bosan dan mual kalau setiap kali diberi dalih konon kerana seantero dunia harga melambung maka di sini juga perlulah sama dilambungkan harganya.
Itulah namanya lembu. Walau bijak dan pandai mengucap segala kata, tetapi seekor lembu tetaplah seekor lembu jua.
Dan ketika kau memilih akan dia menjadi tuan dan pendahulu untuk segala urusan dirimu, maka itulah namanya celaka akan segala yang menimpa jua dirimu!
Januari 3, 2010
Kategori:
2017: Cerpen Marsli N.O
Rabu, Mac 15, 2017
TWO POEM'S #2
by MARSLI N.O
#1
Reading Fallujah
The smell of bullets floats
Darkens the clean air
And rustling of mortars pollutes
the solitary in Fallujah
When the dust and smoke become one
Thousands of animals stomped on the city’s soil
They rush looking for mosques and domes
To be destroyed
Or every bodies with beard and
Covered in robe
Are victims to be skinned
And they cheers
Looking at the blood and corpses
They have been poisoned with nightmares
Of a deceiver
And at a blink of the eyes
Allows their souls smeared with faeces
At a blink of the eyes Fallujah changed
Into a filthy wasteland
And from the well of their eyes and souls there is no water left
To be dropped
While the women and their children
Wail
From the cracks of stone and the city’s ruins
Now Fallujah becomes witness once again
To every lies by human
With ruthless heart and greed in their souls
November 25, 2004
#2
In The Personal State
who grew
the isolated lands
in every personal state
if it’s not for the darkened heart
and the greedy hands
scrapers of the white soul
hey you shadow chasers
and black figures
the forest you sow
is breeding thorns and willows
you spread the fire of dispute
behind the masks
in whose eyes the thorn pierced
and the arrow stuck?
there are millions of sighs and moans
in silence
watching the white personal lands
burn
and the river that twines the hill
now lying dead
in its darkening floor
for whom is this enmity for
and the fence that we build?
where is the greet now thrown
and the friendliness that now bruised?
is it behind the arrogance
or realization sets,
because in personal land we own
isolated land grew
and foul-smelling breeze proposes?
August 5, 1993
#1
Reading Fallujah
The smell of bullets floats
Darkens the clean air
And rustling of mortars pollutes
the solitary in Fallujah
When the dust and smoke become one
Thousands of animals stomped on the city’s soil
They rush looking for mosques and domes
To be destroyed
Or every bodies with beard and
Covered in robe
Are victims to be skinned
And they cheers
Looking at the blood and corpses
They have been poisoned with nightmares
Of a deceiver
And at a blink of the eyes
Allows their souls smeared with faeces
At a blink of the eyes Fallujah changed
Into a filthy wasteland
And from the well of their eyes and souls there is no water left
To be dropped
While the women and their children
Wail
From the cracks of stone and the city’s ruins
Now Fallujah becomes witness once again
To every lies by human
With ruthless heart and greed in their souls
November 25, 2004
#2
In The Personal State
who grew
the isolated lands
in every personal state
if it’s not for the darkened heart
and the greedy hands
scrapers of the white soul
hey you shadow chasers
and black figures
the forest you sow
is breeding thorns and willows
you spread the fire of dispute
behind the masks
in whose eyes the thorn pierced
and the arrow stuck?
there are millions of sighs and moans
in silence
watching the white personal lands
burn
and the river that twines the hill
now lying dead
in its darkening floor
for whom is this enmity for
and the fence that we build?
where is the greet now thrown
and the friendliness that now bruised?
is it behind the arrogance
or realization sets,
because in personal land we own
isolated land grew
and foul-smelling breeze proposes?
August 5, 1993
Jumaat, Mac 03, 2017
TWO POEMS #1
1
Headless
Without their head they walk
Without their head
They treasure all senses
Nose at the hips
Eyes on the chest
Ears on the navel
Mouth at the stomach
And brain on the knee
Without their head they walk
Without their head they talk
Without their head they think
For a region
Called country
February 8, 2007
MARSLI N.O
2
In The House Of Experience
Only the clever will learn
from mistakes
and his anger
is lulled by wisdom
I learnt to accept
with less demands
because after years of being a resident
of your house
I am now a wise man
that easily forgives
and the more I know
losing is not the end
because thousands of fields lies unfold
July 27, 2003
MARSLI N.O
Headless
Without their head they walk
Without their head
They treasure all senses
Nose at the hips
Eyes on the chest
Ears on the navel
Mouth at the stomach
And brain on the knee
Without their head they walk
Without their head they talk
Without their head they think
For a region
Called country
February 8, 2007
MARSLI N.O
2
In The House Of Experience
Only the clever will learn
from mistakes
and his anger
is lulled by wisdom
I learnt to accept
with less demands
because after years of being a resident
of your house
I am now a wise man
that easily forgives
and the more I know
losing is not the end
because thousands of fields lies unfold
July 27, 2003
MARSLI N.O
Isnin, Februari 13, 2017
BAKAT, PENILAI DAN MARUAH
Catatan MARSLI N.O
Bila pengadil
atau penilai dalam satu sayembara, uji bakat atau rumah penerbitan kata
kau tak ada bakat, tidak boleh menyanyi atau tidak pandai mengarang
atau karya kau tidak layak terbitkan, tidak perlulah kau nak menangis
meratap merayu simpati mereka sehingga boleh memalukan dan menjatuhkan
maruah diri kau sendiri.
Sebaiknya, jika perlu pergi, pergilah secara bermaruah, tanpa merayu dan
meminta apa-apa daripada orang lain atau menceritakan kisah sedih
tentang kesusahan dirimu dengan harapan akan ada orang seperti mereka atau orang yang lain akan bersimpati dan kemudian memberikan kau peluang kedua.
Sama sekali jangan dan tidak perlu kau melakukan semua kebodohan itu.
Keluarlah dari dari rasa kecewa itu dengan jiwa besar dan berani. Tidak perlu meratap atau menyesal segala yang sudah terjadi. Bangkit dan teruslah berusaha untuk memperbaiki kekurangan dirimu sendiri dan tak perlu perbodohkan dan memalukan dirimu menjadi pengemis simpati atau meminta-minta walau dari siapa pun.
Ingat. Jadilah manusia mandiri. Yakin dan percaya dengan kekuatan dirimu sendiri. Penting juga, ketahui dan kenali di mana kelemahan serta kekuatan dirimu sendiri.
Jangan sekali-kali meminta dan mengemis simpati daripada siapa pun. Sama sekali jangan.
Februari 5, 2017
Sama sekali jangan dan tidak perlu kau melakukan semua kebodohan itu.
Keluarlah dari dari rasa kecewa itu dengan jiwa besar dan berani. Tidak perlu meratap atau menyesal segala yang sudah terjadi. Bangkit dan teruslah berusaha untuk memperbaiki kekurangan dirimu sendiri dan tak perlu perbodohkan dan memalukan dirimu menjadi pengemis simpati atau meminta-minta walau dari siapa pun.
Ingat. Jadilah manusia mandiri. Yakin dan percaya dengan kekuatan dirimu sendiri. Penting juga, ketahui dan kenali di mana kelemahan serta kekuatan dirimu sendiri.
Jangan sekali-kali meminta dan mengemis simpati daripada siapa pun. Sama sekali jangan.
Februari 5, 2017
Khamis, Januari 26, 2017
DUA NOTA KECIL
1
MENULIS
ADALAH
Berkali2 saya katakan.
Menulis adalah kekuatan di dalam
diri. Tetapi anda mencarinya di luar diri. Berpaut terhadap bayang bayang orang
yang belum pasti benar dan tulus. Anda kelihatan suka begitu. Dan kemudian,
bila ditegor dan dinasihati, anda kata anda terluka kerana saya memperli dan
mempermainkan anda.
Jika demikian, silakanlah dengan
pilihan hidup anda. Kerana saya, bukanlah sesiapa untuk mencampuri urusan hidup
peribadi dan kepenulisan anda.
Januari 21, 2016
2
TUGAS
PENULIS
Awak tahu dan faham sangatkah tugas
dan peranan sebenar penulis?
Hebatnya awak bila awak katakan tugas
penulis adalah menulis karya yang boleh menarik minat pembaca dan bukannya
memaksa pembaca minat kepada karyanya. Jadi
kalau begitu, jika pembaca minat membaca cerita a la a la Hindustan yang membuai-buai perasan, menari
berguling-guling atas rumput maka penulis pun kenalah tulis cerita-cerita
begitu?
Atau kalau pembaca sukakan karya-karya yang ada banyak kata-kata cinta, ombak dan rindu-rinduan, yang ada adegan pelok-pelokan, cinta kasih sayang tidak berkesudahan dan kemudian cerita itu diolah pula menjadi karya filem atau sinetron tv, maka penulis pun kenalah beramai-ramai menulis karya yang demikian? Begitukah menurut awak?
Kepala hotak awak. Tugas penulis
adalah membantu dan membimbing pemikiran pembaca, bukannya ikut sama terjun ke
lubuk bersama pembaca yang malas berfikir dan hanya mencari hiburan kosong dan melulu!
Nampak gayanya, cara awak berfikir
sebagai penulis jelas memperlihatkan sikap awak yang semata-mata mengejar
populariti, oplah jualan dan tidak peduli sangat soal inti karya awak.
Bagai awak, jumlah dan keseronokan
pembaca itu lebih penting, sementara soal pemikiran dan ilmu di dalam karya itu
tidak perlu diperhitungkan sangat!
Dengan cara dan sikap berfikir awak
yang sedemikian Itu, ternyatalah bagaimana awak melihat persoalan seni dan
sastera di dalam penulisan.
Kerana itulah, terus terang saya
katakan, beberapa tulisan awak yang telah disiar di beberapa penerbitan itu
bukan pun melayakkan awak untuk memberi nasihat dan petua kepada penulis lain.
Sepatutnya, awak nasihati dan
perbetulkan niat dan prinsip penulisan awak terlebih dahulu sebelum hendak
memberikan nasihat kepada penulis lain.
Januari 20, 2017
Jumaat, Disember 16, 2016
BEKERJA DENGAN SENI
BANYAK teman yang pertama kali bertemu atau kurang
begitu tahu menganai latar penglibatan saya di bidang sastera dan seni, kerana
melihat saya lebih banyak bergerak di luar dan tidak di negeri di mana saya
tinggal, sering bertanyakan saya soalan begini: Kenapa kau seperti
sengaja mengasingkan diri dan sombong tidak mahu terlibat dengan kerja-kerja
seni di negerimu sendiri?
Saya selalunya hanya menjawab ringkas soalan mereka. Kata saya kurang lebih
begini: Biarkanlah. Bila kita tahu kita tidak begitu disukai atau disenangi
orang di tempat sendiri, jadi lebih baik aku bergerak dan pergi ke mana tempat
yang orang boleh menerima kerja-kerja seniku.
Sebenarnya memang banyak yang ingin saya katakan kepada mereka yang
bertanya begini. Namun bila saya berlama-lama befikir saya akhirnya berkata
kepada diri sendiri: Perlu apakah saya ceritakan segala kisah pedih dan luka
itu kepada orang lain? Untuk apa? Apa gunanya?
Saya tahu, kerja seni yang saya pilih ini merupakan pilihan saya peribadi
sejak mula. Lantas kerana itu, saya sudah cukup bersedia menerima segala risiko
serta akibat dari pilihan saya itu: terluka, disakiti, dicaci, dihina atau
diremeh-remahkan.
Namun di samping semua yang demikian, saya yakin bahawa pilihan yang sudah
saya jadikan fokus dan sebahagian daripada tujuan kehidupan saya ini tetap
nanti pada akhirnya akan membuah hasil serta kejayaan dan ini ternyata ada
benarnya.
Pilihan saya untuk lebih menyendiri dan bergerak sendirian sebenarnya
bukanlah kerana dorongan rasa sombong di dalam diri atau kerana saya berasa
lebih cerdik dan pandai berbanding diri orang lain.
Sebenarnya tidak. Jauh dan lama sebelum itu, saya sudah berusaha
untuk bergerak bersama orang-orang di negeri sendiri, memujuk, mengajak, untuk
berkerja dengan seni, dengan cara yang saya fikir jujur dan tulus untuk
semata-mata kerana seninya dan itu dan bukan untuk sebab-sebab lain yang tiada
kena mengena dengan seni.
Dengan seni yang saya pilih, teater dan sastera, saya cuba untuk
teman-teman yang saya tahu dan kenal untuk bersama di dalam sebuah
kelompok mengerjakannya: berlatih, berdiskusi, berinteraksi dengan dunia ilmu
dan bacaan serta tontonan keluar, secara konstan minggu demi minggu dan bulan
demi bulan.
Namun akhirnya ternyata saya keletihan sendirian. Banyak ajakan saya dianggap sepi kerana mereka berhujah bahawa untuk sebuah pementasan teater, latihannya tidak perlu hari demi hari, minggu demi minggu selama berbulan-bulan.
Bagi mereka itu semua membuang waktu dan tenaga, kerana, bagi mereka,
sebuah pemnetasan teater cukup dengan hanya berlatih 8 jam dharab 4 hari
Ahad! Dan ketika saya mendesak serta menempelak dengan mengatakan cara
mereka bekerja adalah salah, saya sebaliknya pula dianggap sombong, angkuh
dan berlagak!
Saya sebenarnya sudah hampir 20 tahun melupakan mereka dan menganggap sepi
segala ocehan mereka. Apa lagi bila mereka, kerana kepandaian berkata-kata atau
apa sahaja yang sejenis dengannya, kelihatannya sangat mendapat dokongan
orang-orang di jabatan tertentu, saya jadi semakin memilih untuk menjauhkan
diri serta bersikap tidak peduli dan meneruskan kerja-kerja seni saya secara
bersendirian menurut apa yang saya yakini.
Tetapi ingatan dan kenangan saya kembali terbuka lagi bila kelmaren, dihari
kedua Idulfitri, seusai solat Jumaat di masjid di mana saya bermukim dan
tinggal, saya bertemu dengan seorang rakan yang setahu saya sebelum ini menjadi
presiden sebuah persatuan seni di sini.
Teman ini, ketika saya tanyakan perkembangan terkininya memberitahu dirinya
sudah tidak lagi menjadi presiden persatuan tersebut.
Namun bukan itu yang membuat saya membuka kembali ingatan mengenainya.
Sebaliknya, bila dia mengaku dan memberitahu saya: Kepada mereka aku
katakan,15 tahun dahulu seorang kawan pernah beritahu tiada gunanya bergerak
dan bergiat di sini dan ketika mereka tanyakan siapakah kawanku itu, aku katakan
kawanku yang mengatakan itu adalah Marsli N.O dan mereka kebanyakannya seperti
terpana.
Saya tidak memberikan komen lanjut terhadap apa yang dikhabarkan oleh teman
itu. Hanya jauh di dalam fikiran, saya terkenangkan betapa orang-orang yang
pernah menempelak saya sebagai berlagak dan bodoh sombong ini, semata-mata
kerana saya mengajak mereka mengerjakan seni secara lebih bersungguh dan
berdisiplin inilah kini yang saya dengar menjadi fasilitator seni dan sastera
tertentu.
Tentulah mereka terlalu hebat di mata para ketua projek pengahayatan seni
dan sastera di peringkat nasional itu. Walau mereka, berbanding saya yang sudah
menerbitkan beberapa buku dan terus menerus berkarya, tidak punya sebarang buku
atau karya yang boleh diandalkan, namun semata-mata kerana kepandaian kebodekan
dan kejilatan mereka, maka diangkat dan dinobatkanlah mereka sebagai
fasiliotator anu dan ini atau dipanggil bercakap dan memberikan fatwa mengenai
seni, sastera dan teater, walau pun yang mereka cakap dan fatwakan tidak lain
hanyalah angin dan buih, atau dalam kata lebih kasarnya, penuh dengan tipu dan
dusta.
Jauh di sudut hati saya berkata sendiri: Sesudah itu akan jadi apa mereka
dan bagaimana pula nasib anak-anak yang mereka berikan cermin tipudaya itu?
Saya sudah lama tahu jawabannya dan sudah setahun dua ini mulai bergerak
untuk membongkar segala penipuan dan jenayah mereka!
(C) MARSLI N.O dilahirkan di
Estet Bukit Pahang, Kerteh, Terengganu dan membesar serta mendewasa di Kuantan,
Pahang. Mulai menulis sekitar tahun 1970-an dan kini sudah menghasilkan 8
kumpulan cerpen, 6 kumpulan puisi, 3 novel, 2 proses kreatif dan satu kumpulan
drama pentas. Secara peribadi, demi untuk mendapatkan gugahan serta gerakan
untuk terus berkarya dan berkreatif, beliau sering berpergian secara
bersendirian ke mana-mana dengan motorsikalnya. Mulai April 2013, beliau
diktiraf sebagai Munsyi Dewan (Sastera) oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.
KETIKA SEMAKIN MENUA
JIKA tahun yang dihitung, maka 2016 ini
sudah 59 usiaku dan Oktober 2017 nanti, andai diizinkan Allah SWT untuk aku
lagi bernafas, maka 60 tahun sudah usiaku.
Segala ingatan dan kenangan serasa
masihkan kelmaren. Tetap segar dan bugar di dalam ingatan, dan untuk itu,
kepada Allah SWT sekali lagi aku berterima kasih, kerana mengizin dan
memberikan aku daya ingatan yang masih bugar dan segar, serta kesihatan yang
juga masih sihat dan membolehkan aku bergerak ke mana-mana secara mandiri.
Sehingga di usia ini, sebagai manusia
biasa dan sebagai sasterawan, walau dalam sesekali mengucapkan sebal dan marah
terhadap pelbagai situasi mual yang merongrong sekitar diri dan dunia, aku
selalu ingin berasa syukur dan berterima kasih kepada Allah SWT.
Meski mungkin tidak sehebat dan sebaik
mana sekalipun karya yang sudah kutulis dan diterbitkan itu, terutamanya jika hendak dibandingkan
dengan sejumlah besar karya para sasterawan lain yang hebat di negaraku ini, namun
setidaknya, aku sudah buktikan kesungguhan diri dan keberadaanku sendiri di
tanah sastera ini dengan sejumlah karya hasil tulisanku yang diterbitkan oleh
beberapa penerbitan.
Memang pun ketika sedang menulis atau
berkarya, tidak pernah sedikit pun datang atau terfikirkan niat di dalam hatiku
untuk untuk menunjukkan hebat diriku
melalui karya-karyaku. Bagiku, cukuplah jika aku mampu menulis dan terus menulis
seperti apa adanya menurut keyakinan diriku sendiri, tanpa rasa ingin untuk
meniru dan mengekor sesiapa. Tidak mengapalah jika karya tulisanku tidak
dianggap hebat dan aku sebagai penulis tidak disanjung-sanjung. Yang penting
bagiku sebagai penulis, aku hanya ingin berkata sejujur dan semampu diriku. Cukuplah
hanya sekedar itu.
Aku pun memang sedar dan tahu di mana
sebenarnya taraf dan kedudukan karya tulisanku. Memang kerananya aku tidak
menjadi jutawan kerana hasil tulisanku itu. Tetapi setidaknya, dengan hasil
tulisan itu jugalah sebanyak sedikit membantu aku meringankan beban kewangan
menyara keluarga, membesarkan anak-anak dan menyekolahkan mereka hingga
beberapa orang sudah ke universiti dan kini sudah mampu bekerja menyara dirinya
sendiri dan sebanyak sedikit menghulurkan bantuan kewangan kepada keluarga
saban bulan, mengikut masing-masing kemampuan.
Jadi apa lagi yang kuinginkan di dalam
hidup ini? Pagi ini, dan malah sudah sejak awal tahun 2013 yang lalu lagi,
pertanyaan yang satu ini selalu datang menjengah ke benak fikirku. Soal dan
tanya itu muncul ke dalam benak fikir, tatkala sedang bersunyi-sunyi sendirian,
atau malah ketika sedang dalam perjalanan, didorong oleh rasa dan sedar di
dalam diri betapa aku tidak boleh selalu menjadi manusia tamak dan perlu lebih
menjadi manusia yang lebih tahu diri, bersyukur dan segera berterima kasih.
Soal dan tanya itu juga mendorong aku
menjadi sedar, betapa tidak semua yang kita kehendak dan inginkan di dalam
hidup ini akan kita dapat dan menjadi kenyataan. Kerana itu jugalah, sebagai manusia
biasa, aku perlu segera membuang segala perasaan tamak dan haloba yang
sedemikian itu, jika masih ada dan berbaki di dalam diri.
Tanya dan soal apa lagi yang kuingin dan
kejar di dalam hidup ini, menjadikan saya lama merenung diri sendiri. Di
samping memikir dan merenungkan kegagalan dan kekecewaan di dalam hidup,
sekaligus mendorong juga saya merenung pencapaian dan segala yang telah saya
peroleh selama ini.
Ya, berbanding teman-teman sasterawan
yang masih berharap dan mengharap karya mereka diterbitkan oleh sesebuah
penerbitan, bukan bermaksud hendak menghina dan berlagak sombong terhadap
mereka, saya sendiri sudah pun punya sejumlah karya yang diterbitkan.
Begitu juga dengan hadiah dan anugerah,
walau tidak bergelar sasterawan negara atau meraih hadiah di luar negara, namun
saya tetap berasa syukur dengan apa-apa anugerah yang telah saya terima sehingga
kini di dalam negara saya sendiri.
Jadi, apa lagi yang saya ingin dan kejar
di dalam hidup saya yang semakin menua dan entah besok atau lusa akan pergi
ini?
Tidak lain dan tidak bukan. Saya hanya ingin menjadi manusia yang
lebih baik, lebih pemurah, lebih ikhlas dan lebih mematuhi segala perintah-Nya.
Kerana saya tahu, saya bukanlah manusia
yang terlalu baik dan sempurna dan bukan hamba-Nya yang selalu patuh. Kini yang
ingin saya kejar dan capai hanyalah ingin menjadi seorang hamba yang patuh dan
selalu mengamalkan segala suruhan-Nya.
Disember 16, 2016
(C) MARSLI N.O dilahirkan
di Estet Bukit Pahang, Kerteh, Terengganu dan membesar serta mendewasa di
Kuantan, Pahang. Beliau kini adalah penulis sepenuh masa. Secara peribadi, demi untuk mendapatkan gugahan serta gerakan
untuk terus berkarya dan berkreatif, beliau sering berpergian secara
bersendirian ke mana-mana dengan motorsikalnya. Mulai April 2013, beliau
diktiraf sebagai Munsyi Dewan (Sastera) oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kategori:
2016: Memoar Marsli N.O
Langgan:
Catatan (Atom)
